Recents in Beach

Demi cintanya pada Kumar,Minah Saleh ini tinggalkan segala kehidupan mewahnya

Loading...
Loading...
Seorang wanita sosialit di Amerika Syarikat, Adriana Peral rela meninggalkan kehidupannya yang gemerlap selepas bertemu dengan lelaki yang bekerja sebagai petani di India.

Adriana Peral rela meninggalkan kehidupannya yang selesa di California dan menjadi seorang ibu rumah tangga di India selepas berkahwin dengan Mukesh Kumar, lelaki yang dikenalinya di Facebook.

Adriana hidup bahagia dengan Mukesh Kumar walau harus meninggalkan kehidupan gemerlapnya

 Wanita seksi ini pergi ke India untuk bertemu dengan Kumar kerana telah jatuh cinta dan ingin berkahwin dengannya. Selepas beberapa bulan menjalin komunikasi yang sangat sengit, akhirnya mereka berkahwin di Haryan, India.

Adriana benar-benar meninggalkan kehidupannya yang mewah. Saat ini dia menjadi seorang ibu rumah tangga dan melakukan pekerjaan, seperti memasak, menyapu, membersihkan pakaian dan peralatan makan, memandikan ternakan dan membersihkan kandang ternakan, bahkan juga membantu Kumar di ladang

Salah satu pekerjaan yang harusnya dilakukan oleh para pembantunya dulu, namun Adriana tidak kekok melakukannya dan bahkan menikmati kehidupannya sekarang

Walaupun perubahan gaya hidup yang dialami Adriana sangat drastik, tapi dia mengatakan bahawa saat ini dirinya lebih bahagia dari sebelumnya.


Adriana meninggalkan gaya hidup lamanya yang bebas dan mencintai hidupnya yang sederhana dengan Kumar "Saya mencintai hidup saya di sini dengan Kumar. Saya tidak akan menukarnya dengan apa pun di dunia," ujar Adriana. (Daily Mail

Post a Comment

0 Comments