Recents in Beach

Wajah Utama Suspek Godam Mesin ATM Warga Amerika Latin Mula Diedarkan

Loading...
Loading...
KUALA LUMPUR 29 Sept. - Jika sebelum ini bank dirompak secara terang-terangan, kini institusi perbankan negara ini berdepan risiko baharu apabila wang tunai dalam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) lesap akibat digodam.

Sehingga kini, Affin Bank Berhad serta Affin Islamic Bank Berhad (Affin Bank) dan tiga lagi bank mengalami kerugian yang dianggarkan hampir RM3 juta setelah satu sindiket yang didalangi warga Amerika Latin menggodam ATM mereka di beberapa buah negeri.

Gambar sebahagian daripada suspek kes menggodam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang dirakam kamera litar tertutup di beberapa buah bank di tiga negeri.

Antara kejadian terbaharu yang dikesan berlaku ialah di Affin Bank Melaka Raya, Melaka yang melibatkan kerugian RM196,000; sebuah bank di Kota Damansara, Petaling Jaya (RM265,000); sebuah bank di Shah Alam (RM116,000) dan sebuah bank di Kelana Jaya (RM300,000).

Jelas beliau, siasatan mendapati kumpulan penjenayah licik tersebut memasukkan sejenis virus yang dikenali sebagai ULSSM yang mampu menggodam sistem ATM.

"Satu cakera optik yang mengandungi virus itu akan dimasukkan ke dalam sistem pemprosesan yang terletak di bawah panel ATM.

"Langkah itu akan mengakibatkan sistem komputer ATM tergendala dan menghentikan rangkaian internet yang dipasang untuk menghalang sistem keselamatan yang sedia ada daripada berfungsi.

"Apabila sistem tergendala, suspek akan menggodam mesin terbabit dengan senang sehingga mampu membuat pengeluaran dengan begitu mudah," katanya.

Mohd. Kamarudin menjelaskan, penjenayah perlu melakukan pengeluaran berulang kali kerana hanya 40 keping wang kertas yang keluar pada satu-satu masa.

Katanya, kemungkinan suspek bergerak secara aktif di beberapa buah negeri kerana mampu melakukan jenayah itu dalam tempoh 48 jam sahaja.

"Kita percaya mereka daripada sindiket yang sama dan setiap kali melakukan jenayah itu, dua atau tiga suspek yang dikesan menerusi lima rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang kita ambil daripada lokasi kejadian.

"Polis percaya perbuatan tersebut dilakukan lebih daripada 10 suspek," katanya lagi.
Tambah beliau, penjenayah terbabit turut meletakkan sekeping kad SIM di tempat memasukkan kad ATM bagi menghalang pengguna lain melakukan transaksi.


Post a Comment

0 Comments