Recents in Beach

Foto Terakhir Rafikin Sebelum Maut

Loading...
Loading...
Gambar terakhir arwah Ahmad Rafikin Azman ini dipercayai dirakam oleh salah seorang daripada pihak urusetia di awal perlumbaan acara Larian Antarabangsa Gunung Gajah Terom di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu pada Sabtu lalu.

  





“Ketika berada di kawasan sekitar batu itu, saya laungkan azan lalu menyeru nama Ahmad Rafikin beberapa kali. Dengan izin ALLAH SWT,  saya terlihat satu objek di celah batu dan rupanya ia adalah tangan mangsa,” kata Mohd Johari Abu Bakar.

Mohd Johari yang juga Ketua Pemuda Umno Terengganu merupakan individu pertama menemui Ahmad Rafikin Azman, 16, kira-kira jam 3.30 petang tadi ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Menurut Johari, beliau bersama sekumpulan pasukan pencari memulakan operasi hari ke-4 itu kira-kira jam 10.30 pagi dan nalurinya kuat mengatakan Ahmad Rafikin berada di sekitar kawasan batu yang terletak tidak berapa jauh daripada kasut mangsa ditemui petang semalam.

“Sebelum berjaya menemui mangsa, saya berada di kawasan itu bersama tiga individu lain. Hati saya kuat mengandaikan Ahmad Rafikin ada di situ dan ternyata ia tepat apabila ternampak satu objek seolah-olah tangan seseorang di celah batu,” katanya

Menurut ibu saudara arwah, anak saudaranya itu merupakan seorang yang gemarkan aktiviti lasak dan penyertaannya dalam acara berkenaan telah dimaklumkan kepada ibu bapa dan keluarga.

Jenazah di bawa turun dari Gunung Terom,Sekayu






Jenazah Allahyarham Ahmad Rafikin Azman telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jalan Pusara Kuala Berang malam tadi.

Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Sains SMS Sultan Mahmud, Kuala Terengganu ini ditemui mati kira-kira jam 6.35 petang semalam.

Ahmad Rafikin ditemui anggota pasukan mencari dan menyelamat tersepit di celah batu tidak jauh dari trek perlumbaan.

Post a Comment

2 Comments

  1. Al-fatihah, cuma musykil kenapa baju adik rafikin seakan warna putih semasa jasad ditemui berbeza dgn gambar awal larian memakai sut hitam, maybe admin blh confirmkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam amrz..foto yang kelihatan itu adalah foto anggota penyelamat,difahamkan disitulah mayat adik Rafikin berada,mungkin terlinding dek hutan tebal,itu foto mayatnya terlindung

      Delete