Recents in Beach

Isu Susu Buat Che Ta Meroyan Lagi

Loading...
Loading...

Kecoh seketika di Instagram Zain Saidin apabila sesetangah pengikut mempersoalkan sama ada bayi comelnya bersama Che Ta, Aaishah Dhia Rana diberi susu formula dan bukannya susu ibu yang dikatakan susu terbaik buat bayi.




Foto yang dimuat naik oleh Zain menunjukkan dia sedang memberi susu dalam botol kepada Aaishah.


 photo ScreenShot2014-11-21at104416AM.png
Zain tidak memberi reaksi kepada komen-komen tersebut, sebaliknya segelintir peminat lain mempertahankan Zain dengan mengatakan susu ibu juga boleh dipam dan diberi kepada bayi dengan mengunakan botol. 

Kemudian Che Ta sendiri telah memberikan komen yang susu yang diberi kepada Aaishah ialah susu ibu yang dipam dan dimasukkan ke dalam botol.
 photo ScreenShot2014-11-21at105542AM.png
Memang bila menjadi selebriti popular dan ramai pengikut, perlu berhadapan dengan pelbagai komen yang ada kalanya menyakitkan hati.


Semoga Che Ta dan Zain bertabah dalam memberi fokus kepada penjagaan Aaisyah.

 Bukan senang menjadi artis kesayangan ramai. 



Sumber : beautifulnara

Post a Comment

1 Comments

  1. takkan la zaman nie ramai tak tau susu badan boleh pam adoi la

    ReplyDelete