Recents in Beach

Kejutan Tangisan Bayi Di Bawah Kerusi Keretapi Penumpang

Loading...
Loading...
  Seorang penumpang di keretapi K530 jurusan Chengdy-Hangzhou dikejutkan dengan seorang bayi di bawah kerusi yang ia duduki. 

Bayi tersebut dimasukkan dalam sebuah beg dengan dibalut baju dan selimut hangat.



Dilansir dari shanghaiist.com, bayi yang usianya sekitar tiga hingga lima bulan ini dibungkus dan dimasukkan kedalam sebuah beg dan diletakkan di bawah kerusi penumpang keretapi nombor 65.


 Rupanya, menurut keterangan polis , beg yang berisi bayi tersebut dibawa oleh dua wanita separuh umur. 

Polis langsung tidak mencurigai kedua wanita tersebut kerana tak memperlihatkan gelagat mencurigakan. 

Ini adalah kerana kedua wanita tersebut meletakkan beg tersebut di bawah kerusi sama dengan barang-barang yang lain. 

Dan ketika sudah sampai di stesyen  Yingtan, Jiangxi, kedua wanita itu meninggalkan beg tersebut.



 Penumpang lain di kereta api tersebut tidak tahu bahawa ada bayi dalam beg itu. 

Kerana bayi tersebut tidak  menangis. Baru ketika sudah sampai di stesyen terakhir, bayi itu menangis. 

Setelah ditemukan, syukurlah bayi tersebut masih dalam keadaan sihat. Kini bayi itu sementara dirawat di sebuah rumah perlindungan kanak-kanak sementara polis  masih menyiasat kes tersebut.

Entah apa motif ibu kandung bayi ini meninggalkan bayinya di bawah kerusi kereta api. 

“You know what the great thing about babies is? They are like little bundles of hope. Like the future in a basket.”

― Lish McBride, Hold Me Closer, Necromancer


shanghaiist.com

Post a Comment

0 Comments