Recents in Beach

Kini Pendapatan Bayi Che Ta(Aaisyah Dhia Rana) Melebihi Pendapatan Che Ta

Loading...
Loading...
USIA belum menjangkau setahun, namun populariti yang diraih mengalahkan ibu atau bapa yang bergelar selebriti.

Populariti mendadak itu secara tidak langsung membuatkan mereka menjalani kehidupan penuh glamor. Antaranya menghadiri sesi fotografi bersama akhbar serta majalah, mendapat tawaran iklan dan menjadi duta produk bayi.


Che Ta tidak kisah anak popular

Tanggal 1 November lalu, pasangan pelakon Rozita dan Zain telah menerima kehadiran puteri sulung mereka yang dinamakan, Aaisyah Dhia Rana.
Sebelum dilahirkan lagi, Aaisyah sudah mencipta sensasi apabila kelahirannya mendapat tajaan sepenuhnya daripada pihak Hosital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur.
Sebaik sahaja dilahirkan, populariti Aaisyah mencanak naik apabila gambar comelnya dimuat naik di akaun Instagram Rozita dan Zain.
Menyedari populariti luar biasa yang diterima Aaisyah, Rozita atau mesra disapa Che Ta tidak menganggap itu satu bebanan yang berat.
“Saya tidak kisah dengan perhatian yang diberikan orang ramai kepada anak saya kerana bagi saya itu perkara yang normal. Ibu bapanya seorang selebriti, jadi bukan satu perkara yang pelik apabila Aaisyah juga turut popular,” katanya 
Akui Che Ta, meskipun anaknya belum berusia sebulan, namun, bayi comel itu sudah menerima banyak tawaran sesi fotografi majalah dan iklan. Bukan itu sahaja, pendapatan yang diraih anaknya juga melebihi pendapatannya.

“Sejujurnya, saya tidak kisah untuk anak saya turut melibatkan diri dalam bidang seni pada usia muda kerana Zain juga pernah berlakon iklan ketika kanak-kanak. Sekarang, pendapatan Aaisyah lebih banyak daripada saya.
“Saya bukan menggunakan anak untuk dapatkan wang. Cara itu salah kerana sudah dikira mengeksploitasi anak. Sebaliknya, saya meneliti setiap tawaran terlebih dahulu.
 Jika sesuai barulah saya terima dan wang itu terus disimpan dalam akaun Aaisyah. Lebih baik dia ada simpanan pada usia yang muda untuk kegunaan pada masa hadapan,” balas Che Ta yang memiliki dua orang anak lelaki hasil perkahwinannya sebelum ini.
Dalam pada itu, wujud kebimbangan di hati Che Ta apabila anaknya menerima pujian yang melambung daripada orang sekeliling.


“Siapa tidak suka orang puji anak sendiri tetapi dalam hati saya wujud perasaan bimbang. Ini kerana tiada manusia yang sempurna.
“Apabila orang memberi komen di Instagram yang anak saya cantik dan sempurna, saya jadi bimbang. Kalau boleh memadai cakap comel sahaja. Saya juga tidak mahu anak saya dibandingkan dengan anak orang lain kerana setiap bayi mempunyai keistimewaan tersendiri,” luah Che Ta yang akan mula bekerja pada awal Januari tahun hadapan.




Post a Comment

0 Comments