Recents in Beach

Putus Cinta......Fazura akui mengalirkan air mata

Loading...
Loading...


Aktres jelita Nur Fazura Sharifuddin mengakui mengalirkan air mata ketika menonton lakonannya dalam filem terbaru, Manisnya Cinta di Cappadocia (MCDC) terutama membabitkan babak putus cinta.




Memegang watak sebagai Ifti Liyana dalam filem arahan pengarah Bernard Chauly itu, wanita berusia 31 tahun ini menyatakan karakternya mempunyai beberapa persamaan dengan dirinya ketika ini.

Justeru, dia tidak berdepan banyak cabaran sepanjang menjadi Ifti iaitu seorang gadis berkerjaya yang mencari cinta dan bersifat keibuan.

“Kematangan Ifti sama seperti mana diri saya sekarang seorang yang lebih matang, tenang dan mempunyai keutamaan. Mungkin satu kebetulan dan ianya berlaku pada masa yang sangat sesuai.

“Dalam babak putus cinta, sewaktu intepretasikan babak itu saya kaitkan dengan pengalaman sebenar sendiri sebelum ini. Sejujurnya saya menangis bila tonton babak tersebut tadi,” katanya pada sidang media prebiu MCDC di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, Bernard pula menyatakan peluang bekerja dengan Fazura untuk kali ketiga memang menjadi impiannya. Malah, dia berpuas hati dengan hasil lakonan heroinnya itu.

“Saya menantikan saat kembali berkerjasama dengan dia dan saya rasa kematangan Fazura sebagai wanita Melayu melalui watak Ifti Liyana amat menonjol dalam filem ini, ditambah gandingan beliau bersama Lisa Surihani, Eja, Kak Ogy dan Zaibo sebagai satu keluarga.

“Ceritanya semakin menarik apabila dia digandingkan dengan tiga lelaki yang hadir dalam hidupnya dillakonkan Shaheizy Sam, Faizal Hussein dan Josiah Hogan. Saya amat bertuah kerana mendapat komitmen tidak terhingga daripada semua pelakon sejak dari sesi latihan sehingga penggambaran dilakukan,” katanya.


Filem adaptasi novel karya Anis Ayuni ini merupakan karya pertama Bernard berbentuk adaptasi novel selepas menghasilkan beberapa filem romantik komedi seperti Gol & Gincu (2005), Pisau Cukur (2009) dan Istanbul Aku Datang (2012).

Tambah menarik, filem ini juga memaparkan sinematografi permandangan indah bukan saja di Cappadocia tetapi di beberapa tempat di Turki seperti Anatolia, Konya dan Hamam.

Diterbitkan menerusi gabungan tiga syarikat produksi, Global Station, Astro Shaw dan Red Films, karya romantik komedi ini bakal ditayangkan di pawagam mulai 11 Disember nanti, lapor Malaysian Digest.

Post a Comment

0 Comments