Recents in Beach

Sampah Berlonggok Depan Rumah Mak Azwan Ali

Loading...
Loading...
Menteri besar baru Selangor Azmin Ali berikrar menjadikan negeri itu bebas sampah dalam masa tiga bulan.

Beliau malah memberikan nombor telefonnya supaya orang awam dapat membuat aduan langsung.
Di Twitter, seorang pengguna mengajukan masalah itu kepadanya.

Malah, masalah sampah di depan rumah ibu menteri besar di Klang Gate, Ampang dibangkitkannya.

"Salam YB @AzminAli.

"Depan rumah mak YB saja ini orang buang sampah,” tulisnya dalam laman blog mikro itu.

Beliau juga berkata perkara itu bukan pertama kali berlaku.

“Tapi berulang kali. Apa sudah jadi?” tulisnya lagi.

Depan tanda larangan

Turut dimuat naik gambar sampah berselerakan sekitar papan tanda yang melarang aktiviti itu.

Papan tanda itu juga menyatakan denda untuk kesalahan itu sebanyak RM1,000.

Ketika Norfaiz menggesa Azmin mengambil tindakan lanjut, seorang lagi pengguna Biswardi Hasbi menyindir bahawa boleh jadi pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri tidak mempunyai wang untuk membeli tong sampah.

Azmin (kiri) kemudian menjawab ringkas, menyentuh soal kesedaran sivik orang ramai.

”Kesedaran awam penting,” jawabnya, juga di Twitter.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook pula membangkitkan masalah sampah sarap di kawasan Melawati, sebuah kawasan di Gombak, kawasan parlimen Azmin sendiri.

Post a Comment

0 Comments