Recents in Beach

Adik Cerita....Abangnya Nik Aziz Memang Bekeng

Loading...
Loading...
KOTA BHARU - Nik Din Nik Mat berkata, pada tahun 1962, adiknya, Nik Aziz pernah dianggap sebagai 'kacang butir' (tidak tahu apa-apa) walaupun belajar sehingga ke India.

Mengimbau nostalgia yang tidak dapat dilupakan, Nik Din berkata, tanggapan itu berlegar selepas Nik Aziz pulang ke tanah air setelah memperoleh ijazah sarjana dalam jurusan Bahasa Arab pada usia 34 tahun.

Bagaimanapun, ilmu yang dimiliki oleh adiknya itu dengan izin ALLAH membuktikan ia bermanfaat kepada semua apabila Nik Din memberitahu pernah suatu ketika dalam ceramahnya, Nik Aziz pernah melontarkan pandangan yang bernas.




Pandangan dan juga perumpamaan yang dilontarkan sangat berlainan menyebabkan masyarakat boleh menerima dan melekat dalam hati mereka yang mendengarnya.

“Sehingga tidak ada yang menolak kata-katanya. Masa dia mengajar ketika itulah semua melihat bakat yang ada pada Nik Aziz sebagai seorang petah berkata-kata,” katanya.

Dalam masa sama, Nik Din memberitahu, pemergian Nik Aziz sangat dirasai oleh ahli keluarga dan sanak-saudara kerana beliau menjadi tempat mengadu.

Katanya, biarpun berlainan ibu, namun jiwa Nik Aziz sangat murni dan beliau tidak pernah berkira dengan adik-beradik dan saudara-maranya.

“Dia memang bekeng (garang), namun bukan seorang yang pendendam. Jika ada yang tidak betul, Nik Aziz akan terus tegur dan kemudiannya bersalaman meminta maaf.

“Kita semua memang takut kepada dia, dia seorang yang tegas tetapi sangat penyayang dengan ahli keluarga,” katanya.

Berkongsi ketulusan hati Nik Aziz ketika mula-mula dilantik Menteri Besar Kelantan, adiknya memberitahu beliau sering mengingatkan ahli keluarga supaya tidak mengganggu tugasnya.

“Dia tidak membenarkan ahli keluarga mengambil kesempatan dengan meminta projek itu dan ini menggunakan jawatan yang disandangnya.

“Jika ada masalah Nik Aziz selalu pesan beritahu kepadanya. Insya-ALLAH memang dia akan tolong tanpa meminta bayaran balik,” katanya.

Nik Din berkata, beliau pernah menjadi pemandu peribadi kepada adiknya itu selepas kematian pembantunya pada tahun 1967.

Post a Comment

0 Comments