Recents in Beach

Menakutkan....Wanita Di Lihat Buai Mayat Anak Di Taman Rekreasi

Loading...
Loading...
KUALA LUMPUR: Seorang wanita menggemparkan masyarakat setempat apabila dilihat  membuai mayat  seorang kanak -kanak lelaki di sebuah taman rekreasi, di Maryland, Amerika Syarikat pada Jumaat.



Ibu berusia 24 tahun yang belum dikenal pasti identiti itu dilaporkan dilihat membuai anaknya yang sudah meninggal dunia di Wills Memorial Park di La Plata.

Memetik laporan Metro.UK, wanita itu dipercayai berada di taman permainan berkenaan sepanjang malam.

Bagaimanapun tiada sebarang tanda kecederaan atau trauma pada tubuh kanak-kanak malang itu.

Dalam sebuah kenyataan media, pihak polis menjelaskan bahawa pasukan mereka tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada seorang saksi.

Sejurus tiba di lokasi tersebut, pihak polis menyedari bahawa kanak-kanak itu sudah tidak bernyawa dan ibunya masih menghayunkan anaknya di atas buaian.

Wanita itu kemudian dibawa ke hospital untuk sesi kaunseling, manakala pemeriksaan autopsi telah ditetapkan untuk menentukan punca kematian anaknya.

Jurucakap Pejabat Sheriff, Diane Richardson berkata: 'Ia adalah satu keadaan yang sangat sedih dan tragis untuk ibu, keluarga mangsa dan pegawai-pegawai lain yang menyiasat kes ini."

Menurut Diane lagi, kes ini masih dalam siasatan pihak polis. 


Post a Comment

0 Comments