Recents in Beach

Bekas Miss Moscow 2015 Oksana Voevodina di dakwa tak segan berasmara di kolam renang

Loading...
Loading...
Bekas Miss Moscow 2015 Oksana Voevodina di dakwa tak segan berasmara di kolam renang:



Seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal antarabangsa, The Sun, Ratu Cantik Moscow 2015, Oksana Voevodina sebelum ini di dakwa tak segan mempamerkan hubungan intimnya dengan seorang lelaki di sebuah kolam renang menerusi sebuah rancangan realiti TV popular di Rusia.

Program TV itu ditayangkan pada lima tahun lalu dan difahamkan Oksana yang menggunakan nama samaran sebagai Nikol ketika menjadi peserta program. Menurut akhbar terbesar di Rusia, Komsomolskaya Pravda (KP), wanita yang di rumorkan berkahwin dengan YDP Agong, Sultan Muhammad V itu tidak mengulas dan memberi respon mengenai dakwaan yang didedahkan oleh akhbar ini.





“Sebelum ini dia tidak malu sama sekali,” kata laporan itu merujuk kepada adegan sensasi  di kolam renang, beberapa jam selepas penampilan pertamanya di set.
Akhbar itu turut mendedahkan bahawa peserta lelaki dalam program  itu bernama Val Nikolsky mengesahkan wanita itu adalah Oksana walaupun dia dikenali dengan nama lain iaitu Ksenia Dyagileva.



                                            


Umumnya, Program TV itu menampilkan 11 orang remaja Rusia yang di bawa bersama ke vila Sol de Occidente mewah di Mexico milik pelakon Rusia, Zhanna Friske.

Program itu mengharuskan pesertanya tinggal di Villa itu untuk menjalinkan hubungan antara satu sama lain dan secara emosi kesemua peserta akan membincangkan hubungan mereka kepada umum.

“Dalam jam pertama, program itu berlangsung, peserta akan mengenali pasangan itu dengan memberi ciuman antara satu sama lain buat kali pertama, namun tidak lama kemudian mereka ternampak Oksana di kolam renang menjalinkan hubungan asmara dengan seorang peserta lelaki”, lapor KP.
Foto: East 2 West News

Foto: East 2 West News

Foto: East 2 West News

Salah seorang peserta dalam program realiti itu berkata pada masa itu:

“Tidak ada yang akan mendekati dia sekarang.”
Laporan KP berkata bahawa beberapa orang blogger di media sosial telah melihat persamaan antara  Oksana Voevodina dan Ksenia Dyagileva dan ia merupakan perserta yang sama dalam program realiti TV itu.

                              
Foto: KP

“Memang benar- ciri-ciri wajah, ketinggian dan berat badan, pendidikan – semua adalah sama. Gambar-gambar yang sama disiarkan dalam akaun sosial kedua-dua gadis.”
Sebelum ini, beberapa gambar menunjukkan lelaki mirip YDP Agong mengenakan persalinan baju Melayu lengkap berwarna biru berada dalam majlis perkahwinan Oksana, tersebar di media sosial sejak minggu lalu.  Namun sehingga kini  tiada sebarang pengesahan rasmi berhubung dakwaan Baginda melangsungkan perkahwinan di Russia.


Post a Comment

0 Comments