Recents in Beach

Ulat Beluncas Merayap Atas Lidah Blogger Yasmin Sebelum Meninggal

Loading...
Loading...
Ulat Beluncas Merayap Atas Lidah Blogger Yasmin Sebelum Meninggal
Ini adalah kisah kematian Yasmin Hunwick seorang insan biasa pada awal bulan jun lalu.
Bagi ramai yang tidak mengenali adik Yasmin Hunwick, beliau adalah seorang blogger yang baru berumur 17 tahun dan tidak dikenali pada mulanya.




Mengapa Arwah Yasmin dikenali ramai adalah kisah disebalik kematian tragis beliau yang penuh dengan menyayat hati.

Yasmin Hunwick bukan popular macam Hanis Zalikha tetapi jika anda masuk dan baca cerita di blog peribadinya anda akan kenal siapa dia. 
Saya masih lagi terkejut dan tergamam dengan berita ini, bagaikan mimpi. Yasmin merupakan anak sulung keluarga cik Johan dan dia selalu memuatnaik gambar keluarga, bercerita tentang sekolah dan kawan2nya. Arwah ada memuatnaik video dia bermain dengan adik adiknya, video dia praktik latihan piano dan mcm mcm lagi.
Arwah Yasmin sangat berbakat dan comel. Memandangkan dia dari kacukan inggeris dan Melayu dia dilihat pelik di tempat dia tinggal, siapa sangka wajah comel anak kacukan Inggeris ni pandai bercakap loghat Kedah/utara pekat kerana  bapanya dari Penang.
Di twitter nama Yasmin J Hunwick kini menjadi trending, ramai yang bersimpati dan sedih dengang kehilangan Yasmin.
Yasmin berusia 17 tahun akan ambil exam SPM  . Dalam blognya arwah cerita, dia teruja kerana sudah pandai bertwitter dan sukakan instagram kerana mudah berkongsi gambar dengan rakan rakan di twitter.
Yasmin last post artikel di blognya pada 2 Jun
Dari FB ibu Yasmin: 
 “Salam semua di fb, di saat ini saya dan Johan tak dapat tidur mengenangkan permergian anak kami, Yasmin Johan ke rahmatullah pada jam 11.50 malam @ 3hb June 2012. Saya ucapkan ribuan terima kasih pada semua yg memberi ucapan takziah melalui fb dan mesej2 lain. Yasmin seorang anak yang baik, bijak, sopan santun dan amat cantik dimata kami dan seorang yg berakhlak tinggi. We will miss her dearly but we will never miss her in our prayers. We still remember her childhood, school days and as a daughter she made us proud. Semoga roh beliau berada disisi orang yg beriman.”

Sebelum meninggal, Arwah Yasmin asyik didatangi dengan pelbagai mimpi ngeri tentang kematian dan menulis status tersebut di twitter.

Kat bawah ni adalah status yang sering ditulis oleh arwah. Namun malang tidak berbau apabila arwah telah menemui ajal setelah mendapat segala petanda kematian berkenaan.



Kisah%2Bsebenar%2Bkematian%2BYasmin%2BHu

Laporan penuh berita



LANGKAWI: Tiga remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van di simpang lampu isyarat Lebuhraya Kuah di sini, tengah malam tadi.

Pegawai Penyiasat Polis Trafik Langkawi Insp Fairus Mohd Ghazi berkata ketiga-tiga mangsa iaitu Yasmin Suhari, 17, Nor Hazwani Mansor, 16, dan Nur Afipah Aaina Ridzuan, 19, berasal dari Kuah dan merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri di sini.

“Mereka yang menaiki sebuah motosikal dari arah lampu isyarat Sungai Menghulu bertembung dengan sebuah van dari arah Batu Asah di simpang berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam tadi,” katanya hari ini.

Kisah%2Bsebenar%2Bkematian%2BYasmin%2BHu


Katanya ketiga-tiga mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mereka dibawa ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing hari ini, manakala enam orang yang menaiki van tidak mengalami sebarang kecederaan.


Cebisan akhbar tentang hari pemergian arwah..dan orang ramai tertanya tanya kemana arwah hendak pergi menaiki motor? Wahai rakyat Malaysia..ingatlah sebelum mulut berbicara selidik lah dulu..Jadi dibawah ini aku kepilkan cerita yang telah dilalui oleh arwah..


3 jun 2012 11am
 ketika dalam penggal ke2 cuti persekolahan , arwah yasmin ke sekolah untuk discussion bersama kawan2 karibnya dalam pukul 11 dia dan kawannya pulang ke rumah kawan rapatnya (F) Sebelum sampai ke rumah (F).kwn rapat nya tersebut merasakan sesuatu yg tak kena dgn cara arwah berjalan. (F) tanya kenapa, dia jawab tak ada apa2.  Dirumah (F) arwah nampak penat dan tidor nyenyak. Sebelum tu dia sempat lihat gambar mereka berdua dan dia pegang seperti raut gambar didinding dengan pandangan yang sayu ...
semasa menunggu aunty saz datang mengambil nya..

Manakala aunty saz ketika tu berjumpa dgn kawan lama beliau, menyebabkan aunty saz tidak dapat mengambil arwah disekolah. arwah sering menumpang dirumah (F) jika ada tusyen atau lewat aunty ambik. sebelum aunty saz ambik arwah dirumah (F) aunty saz menemani kawan sekolah aunty saz shopping di kedai duty free di Kuah (bandar).  kawan aunty saz meminta aunty saz pilihkan untuk dia (kawan aunty saz) dia kata dia nak beli kain batik lepas 3 helai. Aunty saz pilih untuk dia dan mangatakan  '' senang kena ada batik lepas kat rumah, kot-kot ada org meninggal '' .. Waktu shopping tu dalam pukul 2-3 petang. lagi pun aunty saz janji ambik arwah dirumah (F) pukul 3 petang

3pm
selesai bertemu dgn rakan aunty saz..
aunty saz menjemput arwah di rumah (F) dan membawa dia balik kerumah terus, masa tersebut beliau melihat mata arwah dah merah macam baru lepas nangis. Tapi aunty saz tidak mahu bertanya. Bila balik ke rumah arwah terus senyap, Bibik indonesia aunty saz kata arwah minum air teguk macam org terlalu haus, bibik pun heran, arwah tak pernah buat macam tu.

Selepas dia minum air, dia terus ke bilik dan bersama laptopnya.

6.30PM

arwah ada kelas piano pukul 6.30 pm, dia pergi sendiri kereta. Arwah pass lesen kereta dah bulan May.(die excted sbb pass)''Dia kata buat sesuatu dia mesti boleh deliver''
Mungkin tuhan nak kasi dia satisfied before dia meninggal. Dia sempat bawa kereta ke sekolah bersama adiknya Muiz. Tapi Muiz kata, dia bawa kereta pun tak berasa selesa. Ya la kan, bila nak meninggal, kaki kita jadi lemah. Driving kan perlu kaki untuk bergerak

MALAM

Malam tersebut pun ibu arwah serba tak kena.. resah sahaja.. papa arwah mengemas bilik arwah, pecah gelas ditangan... bila ditegur papanya arwah terus keluar, arwah tak pernah buat mcm tu.. kata org2 tua 'AJal Dah Memanggil' 
bila arwah keluar rumah, aunty saz dah terbayang tempat yg accident tu... tempat tersebut mmg byk org accident dan tak pernah org survive..
jgn salah sangka arwah tidak baling gelas tersebut.. arwah tersinggung alat2 mekap dia sebelum dia keluar dan alat2 mekap terus jatuh berderai. Tidak tahu kenapa arwah tak nak share blik dgn Ayesha adik dia, selalunya dia ok.. tapi hari tu berlainan sikit.selama ni dia sayang adik dia..

11pm
Bila arwah keluar lari dari taman rumah aunty saz ., arwah berjumpa dgn kawannya iaitu, Arwah Nur Hazwani masa Hazwani beli burger di taman sebelah. Arwah Hazwani hubungi kawan yg ada motor bernama Arwah Nur Ainaa Apiqah. Tujuan mereka naik motor tu untuk menghantar arwah ke rumah (F) Dan tujuan mereka naik motor bertiga ialah sebab bila dah hantar arwah Yasmin, mereka balik berdua, so tak la takut sgt. Kan dah dekat pukul 12.Jalan nak kerumah (F) tu agak sunyi. mungkin ralat sikit sbb tak pakai helmet. Tapi kalau ada helmet pun, tgk cara kematian, mmg tak ada yg boleh survive

masa yg berlaku tu sekelip mata, sambil menunggu arwah pulang, masa tersebut juga aunty saz merasa yakin dia balik ke rumah.  aunty saz tertidor ketika menanti kepulangan dia. .

11.50pm

Aunty saz tiba2 tersedar terus buka mata, mata terus terpandang jam 11.50..
Dia meninggal jam 11.50.. Aunty saz merasa yakin dia meninggal masa tersebut kerna jam ditangan dia mati ketika kejadian tersebut .HP dia pecah. Ada org bagi Sim kad dia dekat aunty saz. Tapi sampai sekarang beliau tak pernah buka simkad tu kalau beliau buka, beliau mesti  cerita apa yg berlaku. Mesej apa yg ada.aunty saz tak nak buka, sebab takut aunty saz sedih,'' anak aunty saz dah takder, tak ada apa yg aunty boleh ganti ''
Masa aunty saz menerima berita xcident beliau menjerit sehingga 'lemah lutut' , tetapi beliau masih waras, cuma papa arwah terlampau ' sedih '. Aunty saz tidak pergi tgk mayat dihospital sbb aunty saz takut .takut tak kuat menerima kepergiannya..Aunty saz cuma tgu dimasjid untuk mayat dimandikan. Masa tu la aunty saz nampak dia. terakhir.Dimasjid org terlalu ramai sehingga Pak Imam kata " arwah meninggal ni yg paling ramai dan tak pernah di tengok"
Dah rezeki arwah.. semua saudara mara aunty saz datang dari selangor/kl sempat jumpa dia.. aunty saz tidak merasa ralat sgt sebab tak da siapa yg terkilan tak tengok mayat arwah.

Air mata mengalir lebih deras ketika aku lihat batu nisan arwah..walaupun aku tak ada pertalian darah dengan dia tapi Alhamdullillah Allah masih beri rasa takut untuk mati kepada hambanya yang terlalu banyak membuat dosa.

Sesungguhnya kematian jemput kita bila bila masa..sedekahkan al fatihah pada arwah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman..amin.

Berikut ialah sedikit maklumat tentang arwahyarhamah...

Nama Sebenar : Yasmin Johan Eusoffe
Nama Samaran : Yasmin J Hunwick
Tarikh Lahir : 22.2.1995
Asal : Georgetown, Penang
Menetap : Langkawi, Kedah
Status : Yang pasti aku tak kahwin lagi
Seorang yang : periang, tidak suka perkara remeh-temeh, suka berkawan, agak kasar, open minded, pendiam pada mula berkawan tapi akan mula menggila kemudian, pemain piano, catur, arimathical, cheerleader.
Tinggi : 164 cm
Berat : 43.2 kg
Blog : http://www.misschronicz.blogspot.com/
Ciri-Ciri Fizikal : Sangat kurus, berdarah kacukan Melayu-Inggeris, berjerawat pasir -..-

Post a Comment

0 Comments