Recents in Beach

Pocong Melompat Hilang Sekelip Mata

Loading...
Loading...
Pocong Melompat Hilang Sekelip Mata

SUASANA pada petang itu agak sunyi, tidak seperti hari-hari lain yang kebiasaannya bising dengan deruman enjin motosikal lalu-lalang.

Hanya bunyi unggas dan anjing yang bersahut-sahutan menemani sekumpulan pemuda yang sedang bermain bola sepak di sebuah padang terbiar yang terletak di hujung kampung.

Pada awalnya, Dollah enggan turut serta, namun selepas diajak berkali-kali oleh Husin, Dollah tewas juga. Lagipun, Dollah sudah lama tidak bertemu dengan Husin sejak rakannya itu sambung belajar di Mesir.

Ternyata gerak hati Dollah ada asasnya! Ada sesuatu berlaku yang tidak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila. Kejadian berlaku di kampung Dollah yang terletak di Kuala Lipis, Pahang

Di kampung itu tidak banyak hiburan yang ada untuk pemuda-pemuda kampung mengisi masa terluang, selain beriadah dengan rakan sebaya.
Selepas penat mengejar bola, Dollah dan rakan-rakannya membersihkan diri di sungai berdekatan sehingga terlupa waktu Maghrib semakin hampir.

Sebaik naik ke tebing sungai, tiba-tiba ada angin kuat bertiup ke arah Dollah. Terus tegak berdiri bulu roma Dollah!

"Dah lama sangat kita main bola ni, jomlah balik! Aku risau mak aku cari," jerit Dollah.
"Belum azan lagi lah Dollah. Bukan selalu kita dapat main bola sama-sama," sahut Jaafar.
"Apa kata sebelum balik, kita mandi dekat sungai dulu?" cadang Husin pula.

Semua bersetuju nak mandi sungai bersama sebelum balik ke rumah masing-masing. Selepas puas berendam, Dollah yang berasa kesejukan dan menyedari cahaya matahari semakin beransur hilang, mengajak kawan-kawannya pulang sebelum azan Maghrib berkumandang.

Namun, siapa sangka pada masa sama ada makhluk lain yang memerhati gelagat mereka dari jauh. Sebaik naik ke tebing sungai, tiba-tiba ada angin kuat bertiup ke arah Dollah. Terus tegak berdiri bulu roma Dollah!

"Kau ada rasa tak apa yang aku rasa?" tanya Dollah sambil menarik lengan Jaafar.
"Aku rasa macam ada angin lalu tiba-tiba," bisik Jaafar yang enggan menakutkan rakan lain.



Kanak-kanak dan sungai tidak dapat dipisahkan namun orang tua-tua sering berpesan agar tidak berada di luar rumah pada waktu Maghrib. Gambar  hiasan.

Dollah dan Jaafar melihat kawan-kawan lain seperti tidak mengalami apa-apa, jadi mereka berdua diamkan sahaja. Husin pula seperti dapat mengagak ada sesuatu yang tidak kena. 
Ketika kesemuanya berjalan pulang, tiba-tiba mereka ternampak sekujur tubuh yang dibalut kain putih lusuh sedang tegak berdiri depan sebatang pokok buah berangan. 

Saat itu, mulut ibarat terkunci, kaki menggeletar untuk melangkah setapak lagi. Di depan mata mereka ada pocong! Tapi pocong ini tidak berwajah.

Dollah dan rakan-rakannya kecut-perut, malah fikiran mereka juga buntu hinggakan tak tahu apa nak buat ketika itu. Mujurlah, ada Husin yang baru balik belajar dari Mesir. Sekurang-kurangnya, Husin lebih arif untuk berdepan dengan situasi itu.

Lalu, Husin mengambil segenggam pasir dan membaca ayat suci al-Quran sebelum melemparkannya ke arah pocong tersebut. Tidak lama selepas itu, pocong tadi kelihatan seperti terapung di udara dan terbang masuk ke hutan.

"Sebelum ini, aku ingatkan pocong melompat. Tapi rupa-rupanya menghilangkan diri macam asap," kata Dollah. 

Sejak hari itu, mereka berlapan sudah tak berani merambu sampai lewat senja.

Post a Comment

0 Comments