Recents in Beach

Kubur Bertaraf 5 bintang di Arab Dan Kuwait VS Kubur 4 Darjat Di Malaysia

Loading...
Loading...






Manakala foto dibawah ini adalah sebuah kubur di Malaysia yang dikatakan kubur 4 darjat.Kubur apakah itu?
Apabila media mempamerkan gambar kubur kontroversi sebuah kubur di Tanah perkuburan Islam di Kampung Kajang Sebidang, daerah Tumpat telah mencetuskan tanda-tanya ikalangan penduduk.

Pihak Pejabat Agama islam Daerah Tumpat telah mengarahkan binaan diatas kubur tersebut diruntuhkan. 

“Imam kampung ini beritahu saya, dia terima panggilan telefon daripada Pejabat Agama Islam Daerah Tumpat pada pagi Ahad lalu mengarahkan saya merobohkan bahagian bumbung pondok tersebut tetapi saya mengambil keputusan merobohkan semuanya,” kata Zuber 60 ketika ditemui wartawan di rumahnya.

 Tambahnya, keputusan itu dibuat secara spontan kerana beliau tidak pernah menjadikan kubur tersebut sebagai tempat untuk berubat dan pemujaan.

Jelas beliau, selepas menerima nasihat daripada imam kira-kira pukul 9 pagi Ahad lalu, beliau bersama anak-anaknya telah merobohkan pondok yang dibina dengan harga kira-kira RM1,000 itu yang beratapkan nipah, berpagar batu serta dihiasi jubin.

Menurutnya, berikutan cerita mengenai kubur tersebut yang kini menjadi bualan ramai selepas laporan yang disiarkan oleh media, beliau dan ahli keluarga bertindak merobohkan semua binaan di atas kubur itu.

 “Saya tidak berasa sedih dan terkilan atau berat hati untuk merobohnya kerana ketika saya mula membinanya dulu pun, ia dibina tanpa ada apa-apa niat selain hanya sebagai tanda ingatan serta kasih saya dan keluarga terhadap arwah bapa.

Saya orang Islam, saya ada agama. Saya tahu yang mana halal dan yang mana haram. Jangan cakap sebarangan kalau tidak ada bukti, itu fitnah dan fitnah itu berdosa.

” Merujuk kepada berita tersebut, Penulis pun bersetuju dengan tindakan Pejabat Agama Tumpat dan juga tindakan relahati yang dilakukan oleh Pak Zuber.

Ini didasarkan dengan hadis Rasulullah Saw yang jelas : نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يجصص القبر ،وأن يقعد عليه،وأن يبى عليه

 Dari Abi al-Hayyah al-Asadi berkata: Berkata kepadaku Ali bin Abi Talib:

Tidakkah aku mengutus engkau atas apa yang telah Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam mengutusku?

Janganlah dibiarkan satupun berhala kecuali engkau menghancurkannya dan tidak dibiarkan sebuah kuburpun kecuali engkau meratakannya.

Riwayat Muslim, Abu Daud, an-Nasaii, at-Turmizi, al-Bahaiqi dan Ahmad. Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan: Dilaknat pembuatnya (orang yang bersolat, membina masjid atau binaan di kuburan), wajib bersegera merobohkannya dan merobohkan kubbah yang dibina di atas kubur kerana membinanya lebih bahaya dari masjid ad-Dirar yang dibina kerana bermaksiat terhadap Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam yang mana baginda telah melarang dari melakukan yang sedemikian.

 Berkata Imam al-Baghawi rahimahullah:

Dilarang (diharamkan) dari meletak payung di atas kubur, kerana Umar radhiallahu anhu setelah melihat payung di atas kubur maka beliau menyuruh agar dibuang payung tersebut dan berkata: Biarkanlah amalnya yang memayungkannya.

Berkata imam Syafei: “ Aku melihat pembesar di Mekah meruntuhkan binaan-binaan kubur yang ada padanya dan aku tidak melihat para Fuqaha (Mujtahid) yang mencela perbuatan pembesar tersebut [yg meruntuhkan binaan ats kuburan] dan kerana pada binaan itu menyempitkan tanah perkuburan ke atas orang ramai.

 ”Katanya lagi: “ Maka jika adalah perkuburan di dalam tanah yang dimiliki oleh orang-orang mati semasa hidup mereka atau diwarisi oleh pewaris selepas kematian mereka, nescaya tidak boleh diruntuhi sesuatu binaan di dalamnya.

Hanya diruntuhi sesuatu binaan di dalam tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun maka hendaklah diruntuhinya supaya tidak menegah orang ramai untuk tanam mayat yang lain.”

 Imam as-Syafie juga berfatwa:

Dibenci mengapur, membaca dan menulis tulisan di atas kubur, samada menulis namanya di atas batu di sebelah kepalanya atau di tempat-tempat yang lainnya.

 Imam al-Nawawi rh. berkata : Makruh : mengecat, membina bangunan dan menulis diatas kubur. Haram : Jika dibina bangunan diatas kubur orang awam (musabbalah atau waqaf) maka hendaklah dimusnahkan” (Minhaj al-Thalibin, ms 360).

Didalam al-Majmu’, al-Nawawi mengatakan : “Berkata sahabat-sahabat kami Rahimahullah: “Tidak ada perbezaan antara membina bangunan (di atas kubur) sama ada membina kubbah atau rumah atau seumpama keduanya.

 Kemudian hendaklah diperhatikan, jika kubur itu kubur musabbalah (kubur orang awam) adalah haram di atasnya berbuat demikian….

Jika sekiranya kubur itu milik persendirian, adalah harus membina bangunan, ianya dihukumkan makruh dan tidak perlu dirobohkan” [al-Majmu‘: 5/260].

                                      Kubur orang awam umat Islam

                                     Perkuburan di Ma’la Mekkah.

Post a Comment

2 Comments

  1. Kubur pun ada yang 4, 5 bintang ? Hairan bin ajaib.
    Harap-haraplah amalannya juga 5 bintang ( moga rohnya ditempatkan dalam golongan orang-orang yang soleh ).

    ReplyDelete
  2. hihi..Lyn..terimakasih..terimakasih

    ReplyDelete