Recents in Beach

Bela kucing untuk dimakan

Loading...
Loading...
sekadar gambar hiasan
Rome: Seorang lelaki yang mengambil sekurang-kurangnya 15 kucing untuk dipelihara sepanjang tempoh dua tahun lalu kini dituduh membunuh, memasak dan memakan haiwan itu.
Lelaki yang dikenali sebagai Francesco F itu didakwa mengunjungi beberapa pusat perlindungan haiwan di wilayah Brianza dan mengambil kucing hitam yang mempunyai beberapa ciri khusus, menurut Lorenzo Croce, Presiden Persatuan Perlindungan Haiwan dan Alam Sekitar Itali.

“Kucing itu mesti sekitar tiga tahun dan agak gemuk,” katanya.
Selepas menerima beberapa laporan, pegawai mula mengesyaki lelaki itu terbabit dalam kumpulan pemujaan syaitan.

Francesco dikatakan ditangkap ketika hendak makan seekor kucing, lapor sebuah akhbar tempatan, Independent.

Penyiasat berkata, apabila disoal, lelaki itu kelihatan terkejut dan bertanya sama ada membunuh dan memakan kucing satu kesalahan.
Memakan kucing bukan perbuatan pelik di Itali walaupun ia jarang berlaku. - Agensi

Post a Comment

2 Comments

  1. Aduhh..takde benda elok lagi dah nak makan!!

    ReplyDelete
  2. @Abil Fikri Ahmad
    tu la..ntah apa-apa ler..banyak ;agi benda lain nak makan,kucing juga jd pilihan

    ReplyDelete