Recents in Beach

Kenapa Tidak Boleh Sebut Israel Laknatullah..?

Loading...
Loading...
Pagi ini saya terbaca satu post dari ahli kumpulan Sahabat Ustaz Azhar Idrus yang menulis, "Jangan sebut Israel laknatullah, tapi sebutlah Zionis laknatullah. Ini adalah kerana Israel adalah antara nama timangan kepada Nabi Yaakub"

Kenapa tidak boleh sebut Israel laknatullah? Saya cuba mencari jawapannya dan saya kira post di atas memang betul.

Sumber dari Wilkipedia.

Bani Israil (bahasa Arab: بنو إسرائيل, Banū Israil) adalah sebutan untuk kaum keturunan Israil yakni kaum Israel. Sebutan ini juga merupakan sebutan yang digunakan dalam Al-Quran semasa merujuk hal yang sama, Allah kerap memanggil Yaqub (Bahasa Inggeris Jacob) dengan nama Israel, maka anak-cucunya disebut Bani Israil. Sebuah surat dalam Al-Quran yakni surat Al Israa 'juga mempunyai nama lain yang banyak dikenali sebagai surat Bani Israil. Adapun keturunan Ishaq dari putra pertamanya Esau disebut sebagai Bani Ishaq.

Kalimat Bani Israel berasal dari Bani dalam bahasa Arab artinya keturunan dan Israel adalah kalimat yang terdiri dan dua kata Isra bererti hamba / teman dekat dan El bermaksud Tuhan. Maka arti Israel adalah hamba Tuhan atau teman dekat Tuhan. Dan dalam kebanyakan bahasa Semit, bukan hanya dalam bahasa Ibrani, kata El selalu bermakna Tuhan.

Di dalam sumber lain mengatakan bahawa Israel mempunyai arti "berjalan di malam hari." Kerana menurut beberapa sumber kisah, Yaqub sering melakukan perjalanan diwaktu malam hari (untuk tujuan keselamatan).

Dari keempat orang isterinya Yaakub mempunyai 12 putra, yakni Rubin, Simeon, Lawway, Yahuda, Zebulaon, Isakhar, Dann, Gad, Asher, Naftali, Yusuf, dan Benyamin. [2]

Putra-putra Ya'qub inilah yang merupakan cikal bakal lahirnya istilah Bani Israil. Mereka dan keturunannya disebut sebagai Al-Asbath, yang berarti cucu-cucu. Sibith dalam bangsa Yahudi adalah seperti suku bagi bangsa Arab dan mereka yang berada dalam satu sibith berasal dari satu bapak. Masing-masing anak Ya'qub kemudian menjadi bapak bagi sibith Bani Israil. Maka seluruh Bani Israil berasal dari putra-putra Ya'qub yang berjumlah 12 orang.

Dalam sibith-sibith ini diturunkan para nabi-nabi yang lain, di antaranya adalah:

Lewi, di keturunannya terdapat Musa, Harun, Ilyas, dan Ilyasa.
Yahuda, di keturunannya terdapat Daud, Sulaiman, Zakaria, Yahya, Isa.
Bunyamin, di keturunannya terdapat Yunus.

Kepada yang ingin terus tahu latar belakang Bani Israel .... bacalah lagi sumber rujukan yang lain.Wallahu a'lam
Mohon pencerahan juga pada sesiapa yang lebih arif

AANS

Post a Comment

2 Comments

  1. memang lah maksud israel tu hamba tuhan..lebih tepat perkataan el tu bermaksud Allah cuma dlm bahsa diorg tp dah terang2 pun dlm al-quran bani israel tu Allah laknat..jahannam..dh mmg di laknat pun kan so apa masahlnya nk panggil dia org isreal laknatullah?

    ReplyDelete
  2. @redbox, kau ni memang bodoh atau bangang abadi....ikut jer la cakap orang ada ilmu agama, kau dah la takde ilmu agama, cetek akal pula nak tentang cakap ustaz/ulama. kan nama tu Allah beri pada nabi yakub/israel, yg dapat tempias nama tu diberi pula kepada bangsa nabi yakub untuk kenal mereka sebagai bangsa israel. yg hina dan jahat tu yahudi zionis bukan nabi yakub yang digelar israel, daripada panggil nama tu dgn perkataan laknatullah, baik kau panggil yahudi zionis, atau kau gemar menghina nama2 Allah beri pada nabi2Nya?

    ReplyDelete