Recents in Beach

Cerita Di Sebalik Gaun Kahwin Priyanka Chopra

Loading...
Loading...
Cerita Di Sebalik Gaun Kahwin Priyanka Chopra



Nampaknya, kehangatan resepsi perkahwinan selebriti Priyanka Chopra dengan Nick Jonas menjadi bahan perbualan netizen sejak dua tiga hari ini.


Selepas melangsungkan resepsi berkonsepkan Hindu buat keluarga sebelah Priyanka, semalam, majlis sambutan buat kedua mempelai itu diteruskan pula dengan resepsi Kristian untuk turut menghormati agama yang dianuti suaminya.

Sumber: Youtube/PeopleTV

Dengar kata, perkahwinan Priyanka Chopra dan Nick Jonas itu boleh dikira sebagai “Wedding of the Year” kerana disambut tiga hari berturut-turut dalam suasana dan dekorasi serba mewah!

Tonton Momen Indah Priyanka Chopra Bersama Nick Jonas

Salah satu perkara yang menarik perhatian Wanista adalah persalinan gaun putih yang digayakan Priyanka sewaktu resepsi perkahwinan Kristian.

Serba Ringkas Tapi Cantik

Apa yang kamu tidak tahu, gaun perkahwinan yang mendapat sentuhan Ralph Lauren ini khabarnya memerlukan tempoh waktu selama 1,826 jam untuk disiapkan dengan sempurna.

Sumber: Youtube/PeopleTV

Sumber: Youtube/PeopleTV

Untuk lebih keterujaan di hari bahagiannya, Priyanka bijak memadankan gaun putih ringkas yang diperbuat daripada material renda penuh itu dengan helaian layah senada berukuran 75 kaki panjang! Untuk pengetahuan semua lagi, ia memerlukan lima orang pembantu untuk merapikan dan membawa layah tersebut tau…

Sumber: thenational.ae

Jelas Priyanka, proses pemilihan rekaan gaun perkahwinan idamannya bukanlah mudah namun apabila Ralph Lauren menawarkan khidmat untuk membuatkan gaun kahwin untuknya, dia tidak bisa menolak kerana menurut Ralph sendiri, ini (gaun kahwin milik Priyanka) adalah gaun perkahwinan keempat rekaan mereka dalam masa 50 tahun.

“For the Western wedding, we had been talking to a bunch of incredible designers, but ultimately when Ralph Lauren approached us, I learned that Ralph has only designed three wedding dresses in 50 years — one for his daughter, his daughter-in-law, and his niece,” Priyanka states, adding, “I was blown away.”

Sebelum ini, Ralph Lauren cuma pernah menghasilkan tiga busana gaun perkahwinan iaitu untuk anak perempuannya, untuk menantu perempuannya dan satu lagi adalah untuk anak buah perempuannya. Ini sekaligus menjadikan Priyanka Chopra sebagai wanita bukan keluarga pertama yang merasa untuk menyarung gaun perkahwinan istimewa rekaan Ralph Lauren.

Lakaran gaun perkahwinan Priyanka Chopra oleh Ralph Lauren. Foto -Ralph Lauren

Sebelum ini, nama Priyanka Chopra pernah menjadi bahan netizen apabila beliau hadir ke acara Met Gala sekitar Mei 2017 sambil menggayakan trench kot unik, juga merupakan rekaan Ralph Lauren.

Met Gala 2017: Pertama kali Priyanka Chopra dilihat bersama Nick Jonas. Sumber: Pinterest

Saat menghadiri Met Gala 2017 itu jugalah adalah kali pertama Priyanka Chopra dilihat bergandingan dengan Nick Jonas.

Kalau dah jodoh… ❤


Post a Comment

0 Comments