Recents in Beach

Kalau kira, dia patut balik dah... memang dia balik sungguh.Adib Dah Tak Ada

Loading...
Loading...
Kalau kira, dia patut balik dah... memang dia balik sungguh.Adib Dah Tak Ada

ALOR SETAR: Pemergian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang meninggal dunia pada Isnin akibat  diserang, susulan insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman pada 27 Nov lalu, nyata memberi kesan kepada keluarganya.

Bagi datuk saudaranya, Mohd Shukor Osman, 53 tahun, segala persiapan perkahwinan Muhammad Adib ditangguhkan sejak beliau parah.

Muhammad Adib dijadualkan berkahwin pada 22 Disember ini bersama pasangannya, Nurul Najihah Mohd Radzi, 25 tahun. 

“Sepatutnya kenduri sepupu dia dalam minggu ini pun dia balik. Sebab, barang-barang macam khemah, kerusi meja semua ini kita bawa ke rumah dia pula.

“Tapi, kali ini dia balik dengan keadaan yang tersendiri.

“Saya percaya dia balik kali ini dengan keadaan yang lebih baik. Kita pun belum tahu macam mana kita pulang nanti (meninggal dunia),” katanya ketika ditemui Astro AWANI semasa sedang menggali kubur Allahyarham.



Kerja-kerja menggali kubur bermula jam 1 pagi Selasa dan selesai sekitar jam 4 pagi. - Astro AWANI


Kerja-kerja menggali kubur bermula jam 1 pagi Selasa dan selesai sekitar jam 4 pagi.

Tambah Mohd Shukor, proses pengebumian bergantung kepada proses bedah siasat dan dijangka akan dikebumikan sebelum solat Zohor pada Selasa.
Tunang kepada Allahyarham, Muhammad Adib ditenangkan oleh pegawai bomba semasa di luar pekarangan Bilik Mayat HKL bagi menunggu post mortem jenazah anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal pada jam 9.40 malam tadi. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

Post a Comment

0 Comments