Recents in Beach

Pentingkah Nama Muhammad Bagi Bayi Yang Baru Lahir?

Loading...
Loading...
NAMA yang diberi pada setiap bayi akan kekal sehingga ke akhirat kelak.


SOALAN: Adakah ibu bapa perlu meletakkan nama Muhammad untuk menamakan bayi lelaki mereka? Apakah keistimewaan nama ini?
JAWAPAN: Apabila setiap anak dilahirkan, maka adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memberikan nama terbaik untuk bayi mereka. Ini kerana di akhirat kelak, Allah SWT akan memanggil atau menyeru hamba-Nya dengan nama yang telah diberikan oleh kedua-dua ibu bapa mereka sewaktu di dunia.
Justeru, amat penting buat ibu bapa memilih nama yang membawa makna baik agar anak-anak tidak menanggung di hari kemudian.
Nama Muhammad membawa maksud yang terpuji. Ia juga merupakan nama Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW merangkap kekasih Allah.
Untuk makluman, nama Muhammad itu diberikan oleh nenda Baginda, Abdul Muttalib ibn Hasyim.
Ketika itu, nama Muhammad belum pernah disebut, dikenal atau didengar oleh masyarakat Quraisy dan tidak ada di antara mereka yang telah memberi nama bayi sedemikian.
Nama Muhammad telah diilhamkan kepada Abdul Muttalib dari Allah Yang Maha Bijaksana.
Adapun di sebalik hikmah nama Muhammad adalah supaya Baginda Rasulullah akan sentiasa dipuji sama ada di bumi mahupun di langit.
Seperti mana kata seorang sahabat, Qatadah RA: "Sesungguhnya Allah telah memuliakan nama Nabi Muhammad di dunia dan akhirat. Tidaklah seorang khatib, tidaklah orang yang mengucapkan kalimah syahadah dan tidaklah orang yang sedang solat melainkan mereka menyeru nama tersebut."
Sabda Nabi SAW: "Sesungguhnya aku mempunyai beberapa nama. Aku adalah Muhammad, aku adalah Ahmad, aku adalah al-Mahi (penghapus) yang denganku Allah menghapuskan kekufuran."
Oleh itu, sebaiknya jika mahu memberi nama anak lelaki, letakkan Muhammad di pangkalnya bagi mendapat keberkatan nama yang penuh kemuliaan itu.
Sebagai contoh, Muhammad Harith Haikal, Muhammad Farhan, Muhammad Ammar dan sebagainya. 
Wallahualam.

Post a Comment

0 Comments