Recents in Beach

Berita Felixia peluk Islam buat pembaca J-Star marah & kecewa

Loading...
Loading...
Cerita paling menarik minat orangramai menjelang bulan Ramadan ini ialah tentang pragawati seksi Felixia Yeap dikurniakan hidayah untuk masuk Islam dalam beberapa hari lagi.

 The J-Star melapor “Malaysia’s first ever Playboy bunny Felixia Yeap (pic) will be ‘reborn’ this Thursday when she embraces Islam”. “Roborn” atau “born again” ialah istilah yang amat digemari para evangelista.

Sememangnya Kumpulan Media EvangeliSTAR yang berpengkalan di Damansara Utama – kawasan DUN Yang Berhormat DAP Yeo Bee Yin beserta DUMC – adalah berkiblatkan Jerusubang.


Rencana paling popular di laman J-Star Online kelmarin Seramai 30 peratus pembaca The J-Star menyambut berita Felixia ini dengan perasaan marah (“Angry”) manakala 10 peratus lagi sedih (“Sad”) — lihat screenshot maklum balas mereka di bawah.

 Sebanyak 30 peratus (21% “Annoyed”, 9% “Amused”) pembaca The J-Star menerima khabar tersebut dengan perasaan sama ada jengkel atau geli hati.

 Hanya 25 peratus pembaca The J-Star menerima baik (“Happy”) pengumuman Felixia tersebut manakala 5 peratus yang selebihnya mendapat ilham daripada keputusan yang dibuat wanita Cina itu.

“Deepest condolences for your choice” Sementara itu, The Malaysian Insider melaporkan bahawa rakan-rakan mulai menjauhi Felixia ekoran perubahan dalam keterampilannya setelah beliau memilih untuk memakai hijab.

 Berita Felixia masuk Islam yang dimuatkan di TMI semalam ada juga disambut dengan ucapan takziah (lihat komen oleh ‘smileguy’, screenshot bawah).


Komen-komen pembaca TMI yang selainnya – “From one extreme to another possible extreme” (tanggapan ini diiyakan dengan 110 “thumbs up”), “Another Ridhuan Tee in the making I see” (81 thumbs up).

 Seorang mualaf Cina berada dalam kelompok ‘minoriti dalam minoriti’ dan nyata sekali arus perdana kaum Cina menolak kelainan yang menyimpang daripada norma masyarakat mereka.

Bermaksud orang Cina keberatan dalam hal mempertahankan hak minoriti.




Tapi pelik juga ya … kalau pompuan Cina bergelar Yeoh Tseow Suan bertukar menjadi Hannah seorang Kristian “lahir semula”, tidak pula dia mengundang pandangan negatif seperti yang sedang melanda Felixia. 

Dalam pada itu, kenapa gelagat Hannah Yeoh pakai tudung naik turun masjid mahu diraikan oleh Firsters tetapi Felixia kenakan tudung tidak dibolehkan pula?






SUMBER

Post a Comment

0 Comments