Recents in Beach

Felixia Yeap Akan Melafazkan Shahadah DiDataran Shah Alam

Loading...
Loading...
                     
Selamat datang Felixia Yeap..

agama ini rahmat…moga kamu damai di sini

 Hidayah itu milik Allah. Syukur Alhamdulillah..

Felixia masuk Islam 5 ramadhan ini ketika menjadi panel di program semarak ramadhan di dataran shah Alam malam nanti.

 Model jelita berusia 28 tahun itu yang pernah beraksi untuk majalah Playboy,

 Baru-beliau baru ini mengejutkan masyarakat negara ini apabila berubah imej daripada berpakaian seksi kepada bertudung biarpun masih belum memeluk Islam.

 “Sejak memakai tudung, saya mempelajari serba sedikit mengenai Islam terutama mengenai Nabi Muhammad SAW dan Kaabah. Terus-terang, saya amat teringin menjejakkan kaki ke Makkah,” katanya.

Malah, kata Felixia, dia menyambut Tahun Baru Cina dengan pakaian berimej Islam termasuk memakai tudung kerana berasa lebih selesa dan tenang.

                “SAYA akan mengucap pada 5 Ramadan ini, iaitu pada 3 Julai ini (Khamis),” kata model pakaian Muslimah, Felixia Yeap, ketika menjadi panel jemputan di Program Semarak Ramadan anjuran kerajaan Negeri Selangor di Dataran Shah Alam malam ini.
Felixia berkata, tarikh 5 Ramadan dipilih kerana ianya jatuh pada hari ulang tahun kelahirannya.”…5 Ramadan iaitu jatuh pada 3 Julai ini iaitu pada hari ‘birthday’ saya, hari itu juga merupakan hari kegemaran Nabi Muhammad,” katanya.

Ketika berbicara mengenai puasa, Felixia berpesan supaya umat Islam Malaysia tidak meninggalkan puasa.


Sementara bercakap mengenai ciri-ciri suami idamannya, Felixia berharap lelaki itu seorang yang mampu membawanya ke jalan syurga.”

Post a Comment

1 Comments

  1. Alhamdulillah semoga Allah terus memberikan petunjuk dan hidayah buat Felixia dan juga kita...

    ReplyDelete