Recents in Beach

Jangan biarkan anak-anak anda menjadi pengemis di Hari Raya

Loading...
Loading...
Bila tiba waktu Hari Raya, ramai dikalangan kita menukar wang semata-mata untuk diberikan kepada kanak-kanak. Ada yang telah menjadi satu amalan tetap berdiri dihadapan pintu masjid untuk menghulur wang raya kepada kanak-kanak yang bersolat di pagi raya.

Walau bagaimanapun ada yang merungut, kerana rumahnya dikunjungi oleh kanak-kanak untuk beraya dalam ertika sebenarnya ialah untuk mendapatkan duit raya walaupun mungkin kanak-kanak itu bukan jiran tertangga kerana mereka datang sekumpulan entah daripada mana.


Ibubapa harus sedar dan memerhati pergerakan anak-anaknya di waktu suasana raya agar anak-anak tidak menjadi pengemis yang akan mengemis di setiap rumah demi untuk mengumpul duit raya. Amalan dan sikap ini jika dibiar akan menjadi satu tabiat buruk bila dewasa nanti.

Raya pertama di Kampong Air Merah Mersing

Masih dalam mood cerita duit raya...saya sekeluarga keluar menziarah rumah seorang penduduk Pulau Pemanggil...Pak Dagang gelarannya..nama sebenar tidak lah saya tahu.

Masuk saja lorong utnuk kerumahnya saya lihat banyak sangat kenderaan...hinggakan saya mula cuak andainya kereta saya masuk tak boleh pula nak keluar nnti maklum,jalanya cuma untuk muat-muat sebuah kenderaan.

Betul telahan saya..melalui depan rumah Pak Dagang...ramai sungguh orang,terutamanya kanak-kanak.Tekaan saya....ramai sungguh sedara mara Pak Dagang yang datang menziarah...kagum saya.

Melepasi pintu pagar rumah Pak Dagang,saya bagitau suami...kita pergi lainkali la...ramai sangat tu..mungkin anak beranak dia...malangnya ada sebuah kereta parking betul2 ditengah2 jalan depan rumah Pak Dagang....2,3 kali suami bunyikan hon...fikir saya tuan punya kereta tak ada kat dalam...

Rupanya saya silap besar..sebab tuan punya kereta ada kat dalam kereta..sedang menunggu seseorang gamaknya.Sakit hati juga sebab dia buat dhekk je walau di beri bunyi hon berkali-kali.

Dalam lebihkurang 10 min..keluarlah berduyun2 budak2 dalam lingkungan 6,7 tahun dari rumah Pak Dagang,masuk dalam kereta didepan kereta saya.Baru mereka blah...Nampak??

Pukul 3 ptng hari yang sama...Pak Dagang call suami saya...bagitahu dia lari dari rumah sbb dah kopak duit raya RM1000 semata2 bagi budak2 yang tidak dikenali datang beraya dirumahnya hinggakan dia terperasan 2,3 kali budak yang sama datang beraya semata-mata nakkan duit raya...

Hmm...saya pernah merasai suasana sedemikian...tu la sekali..
serik dah rasa..pokai sungguh masa tu
hinggakan pernah saya baru sampai dari kampung di Terengganu ke rumah di Mersing...baru buka pintu kereta,hulurkan kaki...budak2 kampong datang serang...."kita datang !!...nak raya!!


Post a Comment

1 Comments

  1. ya Allah setuju sangat, tolongla kontrol anak memasing, jangan sampai serbu tak tentu hala kat rumah org yang tak dikenali, sungguh rasa amat terganggu, datngtime kita nak makan, time tgh nak solat, mak yahnya pun kita tak kenal, aduhaiiii!!!

    ReplyDelete