Recents in Beach

Raya Erra Setelah Bergelar Ibu Tunggal

Loading...
Loading...
Menyambut Aidilfitri dengan gelaran ibu tunggal buat kali kedua, pasti ada kesepian yang menyapa hati pelakon popular bernama Erra Fazira.
Apatah lagi pernah mencium tangan lelaki yang bernama suami di pagi Hari Raya, barangkali ramai peminat mengerti yang Erra merindui momen-momen indah itu bagi pasangan suami isteri.
Tapi bagi tuan punya badan, dia ada cara tersendiri menyambut Syawal kali ini. Anak perempuan tunggalnya berusia lima tahun adalah segala-gala buat dirinya.
“Alhamdulillah pada tahun ini giliran saya bersama Aleesha untuk beraya bersama. Lagipun kampung saya, Sungai Choh, Rawang tidaklah terlalu jauh hanya 45 minit sahaja dari KL,” ujarnya tersenyum manja tanda tetap bahagia bergelar ibu tunggal.
Kata Erra lagi, raya pada tahun ini disambut secara bersederhana sahaja dan tidak terlampau mewah.


Dia turut memberitahu kepulangannya itu juga untuk bersama-sama ibu tercinta di kampung halaman yang kini kurang sihat.
“Raya pada tahun ini sangat sederhana dan saya hanya menyediakan beberapa helai pakaian untuk Aleesha dan beberapa lagi yang lain untuk keluarga saya.
“Setakat ini anak saya semakin membesar. Kepulangan ini juga untuk menjenguk ibu saya yang kurang sihat,” katanya.
Selepas sambutan Hari Raya ini, Erra akan bergandingan dengan bekas kekasihnya, Awie dalam filem Warna Cinta Impian.
Sesi penggambaran akan bermula pertengahan Ogos ini yang turut melibatkan lokasi di luar negara seperti Jaipur, India dan Brisbane, Australia.
Ditanya tentang kes rumahtangga Awie yang kecoh sebelum ini, Erra mengakui dia agak sedikit terkejut pada mulanya.
Namun baginya, Awie mempunyai caranya yang tersendiri untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya kini.
“Mula-mula saya agak terkejut apabila rumah tangganya dilaporkan sedang bergolak. Saya tahu pun melalui akhbar-akhbar serta blog-blog yang melaporkannya.
“Tapi saya tahu Awie ada caranya yang tersendiri untuk mengendalikan masalahnya itu, lagipun dia mempunyai banyak pengalaman dan saya sebagai sahabatnya mendoakan agar perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dan berharap mereka berdua berbaik semula,” katanya.


Post a Comment

0 Comments