Recents in Beach

Erma Berjumpa Madu,Bade Mula Bersuara Tegas

Loading...
Loading...

Ahaaaa...bukan senang beristeri dua,bak kata pepatah,kalau kail panjang sejengkal,lautan dalam jangan diduga

Pengarah filem dan drama, Bade tampil menjelaskan pelakon Erma Fatima masih lagi isterinya yang sah.
 
Bade memberitahu, cakap-cakap yang mengatakan Erma akan menfailkan penceraian adalah gosip semata-mata.
 
Pengarah filem KL Menjerit itu berkata, perasaan sayangnya masih menebal buat Erma selepas berpuluh tahun hidup berumahtangga.
 
"Erma masih lagi isteri saya dan cerita dia nak fail cerai itu gosip sahaja.
 
"Saya rasa tak ada apa yang perlu cakap dan komen jika benda tak berlaku sebab saya tak nakcreatebenda yang tak ada.
 
"Cukuplah kali terakhir dahulu saya bagi kenyataan sudah bernikah," katanya.
 
Bade ditemui pada sidang akhbar Tribute P. Ramlee di Menara KL di sini hari ini.
 

Dia diminta mengulas cerita yang mendakwa Erma akan menfailkan penceraian kerana tidak lagi tahan hidup bermadu sejak Mac lalu.
 
Erma sebelum ini mengakui memberi keizinan dan kebenaran kepada suaminya itu untuk berkahwin dengan wanita bernama Aida yang kini sudah berbadan dua. 
 

Pasangan itu berkahwin pada 24 tahun lalu dan mempunyai lima orang anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 21; Ahmad Arir, 19; Ahmad Aifin, 17; Citra, 12 dan Nurain kini berusia lapan tahun.
 
Mengulas lanjut, Bade menasihatkan orang ramai tidak mendengar cerita rumahtangganya daripada orang lain.
 

Sebaliknya jelas Bade, bertanya terus dengan dirinya agar mendapat cerita yang sebenar.
 
"Jangan dengar daripada orang lain kerana akan jadi cerita lain pasal maksud mungkin tak sama apa yang disampaikan oleh orang ketiga itu.
 
"Ini kerana kadang-kadang bila bercerita berdua duduk berdepan pun masih tak faham apa yang disampaikan.
 
"Tapi saya tidak terkilan sebenarnya dengan gosip sebab saya dah masak dengan dunia hiburan. Saya dan Erma ini orangseasonpun," katanya.
 
Bade sempat menyifatkan Erma sebagai wanita yang suka bercakap, main-main dan gemar kepada provokasi sementara dirinya lebih suka mendiamkan diri.
 
"Saya memang tak nak komen sebab banyak hati yang perlu dijaga kerana membabitkan ramai pihak melibatkan sebelah Erma dan isteri satu lagi.
 

"Saya juga minta isteri kedua lebih baik berdiam kerana dia bukan orang dalam industri.
 
"Nanti buat tekanan buat dirinya. Tapi mereka dah pernah berjumpa tapi bukan dalam suasana yang mesra," katanya.
 

Ditanya zuriat pertama yang bakal dilahirkan nanti, Bade memberitahu, dia tidak memiliki perasaan terlalu teruja kerana proses kehamilan masih di peringkat awal.
 
"Baru lagi dan saya tak ada sibuk nakscan.
 
"Cuma anak-anak yang teruja nak dapat adik," katanya tersenyum.


Post a Comment

0 Comments