Recents in Beach

MH370:Cerita Intan........ Takut Meroyan Berpantang Tanpa Suami

Loading...
Loading...

Tanggal 8 Mac 2014, masih kekal dalam ingatan semua ahli keluarga mereka yang terlibat dalam penerbangan MH370. Tidak terkecuali, Intan Maizura Otman, 33, yang kehilangan suaminya, Mohd. Hazrin Hasnan yang merupakan salah seorang anak kapal pesawat tersebut. 

Bercerita mengenai pengalaman sewaktu Iman baru dilahirkan, Intan cukup bertuah kerana suaminya itu sedia membantu. Suaminya itu tidak kekok menukarkan lampin bayi mereka.

“Sewaktu hendak melahirkan Iman, suami ada menemani saya di bilik pembedahan. Suami yang mengiqamatkan Iman. Dia juga bercuti panjang dan membantu saya menjaga Iman. Kami berganti-ganti berjaga jika Iman menangis.

Intan Maizura, carrying her baby, talks to another guest.

“Lain pula situasinya sewaktu melahirkan Muhammad pada 19 Mei 2014. Kalau diikutkan pada awal kandungan, suami begitu beria-ia mahu memberikan nama Muhammad walaupun pada ketika itu kami tidak mengetahui jantina bayi. 

Hanya setelah empat bulan, barulah kami tahu yang bayi tersebut lelaki. Suami sangat teruja. Namun kelahiran Muhammad tidak dapat diazankan oleh suami tetapi diambil alih peranan tersebut oleh bapa mentua saya.

Rupa Muhammad(anak bongsu Intan)saling tak tumpah seperti ayahnya

“Sepanjang berpantang, saya sendiri takut meroyan. Saya perbanyakan berzikir kerana mahu sentiasa mengingati Allah. Saya tidak benarkan orang menangis di hadapan saya. Saya cuma berpantang di rumah, mak dan emak mentua bergiliran membantu saya.


“Apabila berseorangan sekarang, saya lakukannya sendirian. Ada kalanya Muhammad menangis, saya pun menangis sama. 

Makin lama, bukan semakin baik tetapi saya rasakan semakin lama, ia bertambah teruk. Namun saya selalu beranggapan, jika saya susah ada lagi yang lebih susah. Tidak adil untuk saya menangis berlebihan.



“Sepanjang tempoh berpantang, saya cuba membiasakan diri dengan situasi tersebut. Ketika itu saya tidak kuat, saya cuba menyusun semula rutin kehidupan. Buat masa ini, saya masih bercuti tanpa gaji dan kebanyakan urusan, saya melakukannya sendiri. 

Saya meneruskan kelangsungan hidup dengan wang simpanan, gaji suami yang masih berjalan dan juga sumbangan orang ramai. Saya sangat berterima kasih dengan keprihatinan pelbagai pihak,” ujarnya.

Tidak putus menanti, perasaan Intan lega apabila menerima kiriman gambar kapal terbang terhempas daripada seorang rakan. Setidak-tidaknya berakhirlah pengharapannya. Namun ia tidak seperti yang disangka.



“Akhirnya dapat juga ditemui MH370. Saya bersyukur. Saya sudah tidak ambil pusing lagi sama ada suami masih ada atau tidak, asalkan ia ditemui. Tetapi kemudiannya saya melihat gambar yang lain, saya sangat terkejut. Oh tidak! Tragedi yang berlainan.

“Saya melihat senarai mangsa dan sangat sedih kerana semua krew yang terlibat saya kenali. Saya menangis. Dalam masa empat bukan, dua kali kita diuji sebegitu. Apa dosa kita?

“Naluri saya dapat merasakan suami saya sudah tiada. Mimpi yang saya alami umpama petunjuk. Dalam mimpi tersebut, kami duduk bersama. Dia meminta saya bersabar dan tabah kerana dia mahu pergi. Jika benar mereka telah tiada, bawalah mereka pulang seperti mangsa MH17. 

Dapat kasut pun jadilah. Ini sudah tujuh bulan(ketika cerita ini ditulis) berlalu tetapi kesudahannya hampa.

Seperti biasa bersalaman dan ungkapan “I love you” menjadi tiga perkataan terakhir sebelum berpisah seolah-olah masih terngiang-ngiang di telinganya.


 Saya cuma hendak tahu apa yang terjadi kepada MH370. Sebagai krew, saya percaya kepada teori. Andai benar jatuh, setidak-tidaknya ada sesuatu yang boleh menjadi petunjuk,” kata Intan di hujung perbualan.

Perkongsian sedikit kisah hati seorang isteri menyambut kelahiran kedua tanpa suami di sisi, bagaimana pula kisah duka anaknya yang sedang membesar, Iman? 

Anak yang sememangnya rapat dengan ayahnya, malah setiap malam apabila hendak tidur, Iman pasti menangis. Iman pegang gambar papanya. Gigihnya seorang ibu menerangkan dan memujuk hati si anak untuk belajar menerima tragedi yang mereka hadapi. 

CORETAN YANG AMAT ‘MENYENTUH HATI’, DARI SEORANG ISTERI PRAMUGARA MH370.


Imbas Kembali....

Isteri kepada seorang pramugara Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, Intan Maizura Othaman redha dengan pemergian suaminya selepas mengetahui nasib pesawat malang yang hilang sejak 8 Mac itu berakhir di Selatan Lautan Hindi yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkembangan terkini pencarian pesawat itu malam Isnin.

Dalam pada itu, isteri krew MH370, Mohd. Hazrin Hasnan, Intan Maizura Othaman berkongsi apa yang terpendam dihati dalam laman sosial Facebooknya,dengan coretan yang amat menyentuh hati.
“Pada 8 Mac lalu memang mami dah jangka yang awak sudah berada di syurga tetapi pada keesokan harinya saya tetap berfikiran positif dan berharap awak masih hidup dan kembali pulang.
“Hari berlalu dan tiada berita sehingga malam semalam, 24 Mac, pada pukul 9.30 malam saya menerima berita yang awak dan penumpang lain sedang berehat di lautan yang sangat dalam, Lautan Hindi. Ia amat memeranjatkan tetapi Allah lebih menyayangi awak. Saya reda dengan pemergian awak, B.

 “Apa yang berlaku sangat misteri tetapi siapalah kita untuk menyoal kuasa Allah. Allah pasti ada perancangan yang lebih baik untuk awak dan saya,” katanya.
Tambah Intan, bermula hari ini (semalam), beliau akan menjadi wanita bionik untuk berhadapan realiti.
“Saya akan memberitahu Iman bahawa anak kecil itu kehilangan papanya sementara Muhammad akan menjadi tiang untuknya teruskan hidup. Insya-Allah Iman dan Muhammad tidak akan mengecewakan awak,” jelasnya.
Jelasnya, cinta terhadap suaminya akan kekal sehingga ke syurga.


“Adakah awak ingat lagi semasa saya memberitahu untuk menjadi bidadari di syurga? Saya amat cemburu sekarang awak bersama mereka tetapi tidak mengapa, saya akan bersama awak kemudian. Kan Allah dah janji mati itu pasti.
“Awak adalah suami dan ayah yang terbaik. Allah maha besar kerana meminjamkan awak kepada saya walaupun sekadar untuk tempoh yang singkat. Kenangan itu sangat manis dan terbaik. Semoga Allah tempatkan awak di tempat orang-orang yang beriman. Saya cinta awak, B,” katanya.
Penerbangan MH370 ke Beijing, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam 8 Mac.
Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Post a Comment

3 Comments

  1. takziah buat puan...kongsi juga cerita ttg MH17...suami kepada kawan baik kakak saya turut terlibat..
    madamsurianie.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. sedih mendengarnya...al fatihah buat semua mangsa yang beragama Oslam

    ReplyDelete
  3. Berdoalah, sesungguhnya doa orang teraniaya dimakbulkan.dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali, KEBENARAN PASTI AKAN MUNCUL


    .

    ReplyDelete