Recents in Beach

83 Wanita Di Mandulkan Dengan Peralatan Kotor Dan Berkarat Di India

Loading...
Loading...
NEW DELHI: Seorang doktor yang melakukan lebih 50,000 pembedahan pemandulan ditahan kerana didakwa menyebabkan kematian akibat cuai.
Doktor yang pernah menerima anugerah kira-kira 10 tahun lalu itu didakwa menyebabkan kematian pesakitnya kerana menggunakan peralatan kotor dan berkarat.

Pembedahan berkenaan dilakukan dalam bilik kotor di hospital swasta yang tidak digunakan di perkampungan Pandari, wilayah Chhattisgarh.


Baru-baru ini, Dr R K Gupta dikatakan melakukan pembedahan pemandulan 83 wanita dalam tempoh kurang tiga jam sehingga mengakibatkan beberapa kematian.
Sekurang-kurangnya 14 wanita maut setakat ini, manakala puluhan lain masih mendapat rawatan, termasuk dalam keadaan  kritikal.
Bagaimanapun, doktor itu menafikan dia cuai dan kerajaan yang patut bertanggungjawab atas kejadian itu kerana peralatan dan ubat dibekalkan kerajaan untuk prosedur berkenaan adalah punca tragedi itu.

Ikuti Cerita Soni Jangde





TENGAH HARI 8 November lalu, Soni Jangde tiba di sebuah klinik di Bilaspur, sebuah daerah dalam negeri Chhattisgarh yang terletak di bahagian tengah India.

 Kedatangan Jangde, 23, ke klinik itu didorong bagi menjalani prosedur tubektomi, pemandulan ke atas wanita melibatkan pengikatan salur Fallopio iaitu tiub yang membawa ovum yang dihasilkan oleh ovari ke dalam rahim.

Lima pegawai perubatan terdiri daripada seorang doktor, dua jururawat dan dua lagi staf bantuan ditugaskan bagi melaksanakan pembedahan pada hari tersebut.
Sebelum operasi dimulakan, tekanan darah Jangde diperiksa. Kemudian, dia menyerahkan sampel air kencing dan darah. Bilik pembedahan yang dilengkapi dua katil digambarkan Jangde berada dalam keadaan bersih. Pembedahan dijalaninya berjalan lancar dan selesai dalam tempoh 10 minit sahaja.

Pada hari yang sama, Jangde dibenarkan pulang ke rumah. Girang sungguh hatinya kerana selain selamat menjalani pembedahan mengikat peranakan, dia turut menerima wang sebanyak 600 Rupee (RM32). Jangde yakin, keputusannya itu adalah tepat dan terbaik untuk keluarga mudanya.

Bagaimanapun, selepas beberapa jam, ibu kepada tiga cahaya mata itu mengalami pening kepala diikuti sakit pada bahagian abdomen dan muntah-muntah. Sangkaannya, ia mungkin efek sampingan normal.

Mimpi ngerinya bermula selepas seorang pegawai rasmi kesihatan Chhattisgarh datang ke rumah dan membawanya segera ke hospital.
Amar Sing, mangsa yang meninggal dunia didakwa mengalami keracunan darah atau kejutan pendarahan. Situasi itu terjadi apabila seseorang itu kehilangan terlalu banyak darah.
“Saya dan wanita yang lain sangat takut. Ini membuktikan pemerintah mengambil mudah nyawa wanita miskin seperti kami. Saya tidak akan menggalakkan saudara-mara saya menjalani prosedur ini,” tegas Jangde yang kesal kerana mempercayai program galakan pemandulan oleh pemerintah India sebagai langkah perancangan keluarga demi mengurangkan populasi rakyat.
Jangde dan suaminya bekerja di ladang dan mendapat upah harian sebanyak AS$3 (RM10). Mereka mempunyai tiga anak termasuk seorang bayi berumur enam bulan dan tidak mampu menyara lebih daripada itu.

Justeru, apabila diberitahu oleh seorang pekerja kesihatan kampung tentang program tersebut, Jangde terus bersetuju.
“Kami membuat keputusan untuk tidak menambah anak. Lelaki tidak perlu menjalani prosedur pemandulan, kami (wanita) yang akan lakukannya,” kongsi Jangde dan menambah, dia tidak pernah dipaksa menjalani pembedahan tersebut.
Tragedi yang menimpa Jangde dan 82 wanita lain di bawah umur 32 tahun itu telah mencemarkan inisiatif India dalam mengehadkan pertumbuhan populasi 1.3 bilion rakyatnya daripada terus bertambah dengan menawarkan prosedur pembedahan pemandulan percuma.

Majoriti individu sasarannya ialah wanita miskin. Mereka turut dibayar insentif bernilai AS$10 (RM33) hingga AS$20 (RM66) selepas menjalani prosedur.

Kesemua wanita yang menjalani pembedahan tubektomi di klinik tersebut pada hari berkenaan menghadapi simptom yang sama seperti Jangde. Lebih mengejutkan, daripada 83 wanita yang terlibat, 13 daripadanya meninggal dunia dan beberapa orang lagi kritikal.

Malahan, dia juga membidas kerajaan supaya mengawal jumlah pesakit yang datang ke ‘kem’ perancang keluarga yang dikendalikannya.
“Pentadbiran kerajaan sepatutnya menetapkan bilangan wanita yang boleh melalui prosedur ini.
“Jika mereka beri saya 83 orang, saya perlu melakukan pembedahan ke atas mereka dan saya pasti dicemuh jika menolak,” katanya.
Doktor itu juga mendakwa pekerja kesihatan memberi antibiotik dan ubat penahan sakit kepada semua pesakit selepas pembedahan. - 

Post a Comment

0 Comments