Recents in Beach

Gadis 19 Tahun Ini Berubah Menjadi Nenek Akibat Di Sihir Menggunakan Ilmu Hitam

Loading...
Loading...
Terselak satu laman web dari Indonesia tentang gadis berumur 19 yang berubah menjadi tua akibat disihir. 


Ada gambar yang disertakan tapi  macam tak percaya . Lepas cek kat Google rupanya kisah ni memang dah lama popular kat Indonesia.


Ita Susilawati, seorang perempuan yang menjadi pujaan lelaki2 dikampungnya berubah wajah dan badan menjadi nenek tua setelah dia berkahwin dengan suaminya, Hendra.

Ketika perkahwinan mereka berumur kira2 3 bulan, Hendra kembali ke kampung halamannya untuk mencari kerja. 

Ita kemudian bermimpi dikejar dan dipatuk dua ekor ular yang besar dan berwarna hitam. 

Pada mulanya dia menganggap itu cuma satu mainan tidur namun selepas tiga hari tengkuknya mula berasa panas dan perit seperti bekas ditampar dengan kuat. 

Tidak lama kemudian, kedua2 tangan dan pehanya tumbuh bintik2 merah, dadanya mengerut seperti kecut dan berasa seperti direbus dalam air panas!
Semua doktor dan bomoh yang merawat Ita buntu dan tidak tahu apa punca sebenar penyakit misteri yang dideritai Ita.


Begini rupa Ita setelah mendakwa di gunakan ilmu hitam

 Dia dibawa pulang, suaminya masih tidak balik. Di rumah, Ita makin menderita. Kulit matanya membengkak seperti menutupi bahagian mata dan melebeh. Perutnya pula ditumbuhi benjolan sebesar penumbuk orang dewasa. 

Ada cerita yang mengatakan sebenarnya Hendra telah merampas Ita yang pada masa itu sudah bertunang. Namun Ita memutuskan tunang dan berkahwin dengan Hendra.
Hendra pula, selepas pulang lalu menemui Ita dalam keadaan begitu, telah pergi semula dan tidak kembali lagi. 

Dikhabarkan akhirnya Ita meninggal dla keadaan menyayat hati.

Post a Comment

0 Comments