Recents in Beach

Ibu Bermimpi Berjumpa Ikan Duyung Jadi Kenyataan Bila Anak Di Lahirkan Mirip Ikan Duyung

Loading...
Loading...
Maria Elizabeth warga RT 06 Kampung Garam Kelurahan Kota Uneng, Kabupaten Sikka, NTT, pada hari Selasa (18/10/2011) telah melahirkan seorang anak yang kakinya mirip ekor ikan duyung.


Namun demikian bayi yang diberi nama Maria Oktaviani terus meninggal pada petang harinya sekitar pukul 17.00 Wita.

Menurut Maria, kaki anaknya mirip duyung dan mungkin ada kaitan dengan mimpi yang pernah dia alami.

Janji Maria dengan Ikan Duyung yang hadir dalam mimpi ketika usia kandungannya genap tiga bulan. Perjanjian itu antara lain Ikan Duyung menjanjikan bahawa rahim yang ada di dalam kandungan Maria akan membawa rezeki berlimpah bagi keluarganya.

Dengan syarat-syarat, Pertama, Maria Elisabeth perlu menamakan anak itu Puteri Duyung. 

Kedua, sesaat setelah dilahirkan menyimpannya di dalam tab.

Dan yang terakhir, tidak menceritakan kepada sesiapa tentang perjanjian kedua-dua belah pihak itu. Jika ianya dilanggar, maka salah seorang di antara ahli keluarga mereka akan menjadi mangsa, ujar Maria kepada Pos Kupang, di Rumah duka di Kampung Garam, Rabu (19/10/2011).

Masih dalam mimpi, permintaan ikan duyung untuk menamakan anak dalam rahimnya itu Puteri Duyung ditolak mentah-mentah oleh Maria.

"Kami kecoh di pantai. Dia minta saya menamakan anak saya Puteri Duyung. Tapi saya beritahu pada dia. Saya tidak mahu, kami manusia dan kamu ikan. Tapi dia menjawab, kami juga manusia, jangan takut," demikian Maria mengulangi kenyataan Ikan Duyung di dalam mimpi.

Maria mengakui, telah menceritakan mimpi-mimpi itu kepada suaminya kerana takut. Juga dirinya sebelum anak itu lahir, sudah menyiapkan nama untuk anak itu, "Maria Oktaviani" kalau dia perempuan dan Mario Oktaviano, kalau dia laki-laki. Maria menolak menamakan anak itu 'Puteri Duyung'.

Maria menuturkan, beberapa kali Ikan Duyung itu meyakinkan dirinya agar tidak takut. Kerana kanak-kanak dalam rahimnya itu akan membawa rezeki besar untuk keluarganya.

Maria tidak menceritakan rezeki apa yang dijanjikan Ikan Duyung dalam mimpinya itu. Namun kalau Maria menepati janji, maka anak itu membawa kelimpahan rezeki untuk keluarganya.

Maria menambah, jika dirinya menepati janji itu, kanak-kanak itu akan hidup dalam air dan bersama keluarga hanya empat bulan. Setelah itu dibawa pergi oleh Ikan Duyung itu.

Maria menuturkan hal itu dengan cukup lancar. Namun ibu yang hari-hari menawarkan perkhidmatan cuci pakaian di rumah-rumah penduduk di Bandar Maumere ini tidak boleh menyembunyikan ketakutannya.

Kerana dalam mimpi itu, ikan duyung mengancam akan mengambil salah seorang ahli keluargannya kalau melanggar janji.

Ancaman itu menjadi kenyataan kerana ketika dilahirkan, sang anak pun meninggal pada petang hari.


Pada tahun 2009 dulu pernah juga seorang bayi lahir di China dengan mengalami 'sindrom duyung', iaitu kaki bercantum hingga menjadi seperti sirip ikan duyung. Mungkin ianya sama dengan kes yang berlaku di atas.

Kisah Siduyung kecil Shiloh Pepin



Kisah 'the Little Mermaid' yang betul-betul wujud telah berakhir apabila dia telah meninggal dunia pada usianya 10 tahun. Shiloh Pepin , kanak-kanak istimewa yang telah mengalami kecacatan sejak lahir yang dipanggil sirenomelia (sindrom duyung) telah meninggal di Pusat Perubatan Maine.

Sirenomelia ialah keadaan dari lahir yang amat jarang berlaku, di mana kaki mereka yang mengalaminya bercantum antara satu sama lain.

Telah ada beberapa kes yang mana pesakit Sirenomelia yang bertahan hidup diberikan rawatan pembedahan memisahkan kaki mereka. Akan tetapi ianya tidak dapat dilakukan terhadap Shiloh Pepin kerana saluran darah di bahagian kakinya telah bersilang-silang antara satu sama lain.

Akibat dari sindrom ini, Pepin hanya mempunyai sebelah buah pinggang yang berfungsi, tidak ada usus besar, tidak ada alat kemaluan, kerana bahagian kakinya bercantum dari pinggang hinggalah ke bawah.

Berita Terkini Kelahiran Bayi Ikan Duyung di Mesir

Mesir dihebohkan dengan kelahiran bayi yang kakinya menyatu hingga menyerupai ekor ikan. Begitu juga dengan kedua tangannya.



Namun bayi malang tersebut meninggal dunia beberapa jam setelah lahir.
Bayi tersebut lahir melalui operasi di selatan kota Qena dan dokter mengatakan bagian atas bayi normal kecuali tangan dan bagian kakinya.

"Bagian bawah tubuhnya menyatu seperti ekor ikan. Ini adalah kasus yang sangat langka," kata dokter bedah Yahya Ahmed, dikutip harianAl Wafd, Selasa, 11 November 2014.

Menurut dokter Yahya, kondisi bayi tersebut kemungkinan disebabkan oleh genetik yang tidak sempurna karena menikah sedarah atau penggunaan obat-obatan yang tidak terkontrol sewaktu hamil.

Ikan Duyung Berjaya Di Rakam Di Israel

Video yang telah disiarkan menerusi saluran Animal Planet ini menjadi perbualan hangat apabila dikatakan ternampak satu objek seperti ikan duyung yang kelihatan pada pertengahan video tersebut.

Kejadian dikatakan berlaku di Kiryat Yam, Israel dan menurut penduduk di situ ikan duyung itu cuma akan memunculkan dirinya pada waktu petang sahaja.

Lihat dalam gerakan perlahan

                                         

Saya Jumpa Ikan Duyung!!


P/s...Oh ye..sebelum terlupa...ini cerita sebenar saya,berlaku ketika saya berumur 6 tahun,Untuk pengetahuan cerita ini tidak pernah saya ceritakan pada sesiapa kecuali arwah tokki saya...

Kebanyakkan diusia kanak-kanak saya,masa saya banyak dihabiskan dirumah tokki saya..di Pulau Duyung Besar,Kuala Terengganu.

Hobi saya of course la..mandi sungai..tak kira waktu..pagi ke ,tengahhari ke,petang ke...
Suatu hari..ketika saya mandi boleh dikatakan berendam dalam sungai dalam waktu yang cukup lama..dari pagi sampai ketengahari..dari ramai kawan-kawan yang ikut serta mandi sehinggalah tinggallah saya seorang diri dalam sungai...lama-lama timbul rasa sedikit takut.

Ketika itu saya terdengar sayup-sayup nama saya dipanggil..saya toleh kiri kanan..saya tak nampak sesiapa.
Pulau Duyung.....disinilah kelibat perempuan berambut panjang keemasan mucul didepan saya

Saya dengar lagi beberapa kali nama saya dipanggil...akhirnya mata saya terpandang suatu sosok...perempuan..berambut panjang warna keperangan berada ditengah-tengah sungai sambil melambai-lambai kearah saya...saya terdiam....takut pun ada...

Kerana takut perlahan-lahan saya berundur untuk naik ke tebing sungai Duyung..ketika itu lah saya lihat lembaga perempuan itu membalikkan badannya dan kelihatan ekornyanya berwarna keemasaan sambil menyelam meninggalkan saya....sungguh..sejak peristiwa itu,agak lama saya tidak mandi disungai...sehingga membuatkan tokki dan atok saya merasa pelik.

Dan rahsia ini saya bongkarkan hari ini ketika berjumpa artikel tentang ikan duyung ini

Adakah anda juga mempercayai kewujudan ikan duyung iaitu makhluk separa ikan dan separa manusia itu atau pun ianya memang merupakan sebuah dongeng dan mitos semata-mata?


Post a Comment

2 Comments

  1. sebab tu orang kata, masa mengandung jangan tengok creature yang pelik-pelik kan? hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tapi kan Farah..yang dilarang tu la yang best

      Delete