Recents in Beach

Keluarga Adik Shahriqal Luah Rasa Sedih Anaknya Dbunuh Kejam

Loading...
Loading...

Tidak dapat mengambarkan kanak-kanak sekecil itu yang riang bermain bersama abang-abang nya tiba-tiba di culik serta dibunuh kejam oleh mereka yang berhati binatang.


Apakah salah apakan dosa anak ku diperlakukan sekejam itu, itulah yang diluahkan oleh ibu bapa arwah adik Mohd Shahriqal yang dijumpai mati dibunuh dan jasad nya telah di campak ke sungai.

Tidak dapat mengambarkan kanak-kanak sekecil itu yang riang bermain bersama abang-abang nya tiba-tiba di culik serta dibunuh kejam oleh mereka yang berhati binatang.

Kisah ini berlaku terlalu pantas teka-teki kehilangan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di Kampung Selagon, Jumaat lalu, ketika keluar bermain dengan dua abangnya, terjawab apabila dia ditemui mati di satu sungai kecil di Kampung Jempangah, di sini, petang semalam.


Mayat Mohd Shahriqal Sidek ditemui terapung jam 2 petang semalam, dipercayai dibunuh sebelum dicampak di kawasan berkenaan iaitu tujuh kilometer dari lokasi terakhir kanak-kanak itu dilaporkan hilang.

Difahamkan Shahriqal mengikut dua abangnya, Mohd Syahfuddin Sidek, 8, dan Mohd Syahrizam Sidek, 6, keluar bermain di kawasan perumahan mereka di Kampung Selangon, kira-kira jam 7 pagi, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, dua abangnya mendapati Shahriqal tidak ada bersama lalu memaklumkan kepada ibunya yang kebetulan keluar mencari anaknya.

Walaupun usaha mencari Mohd Syahriqal bersama penduduk kampung dilakukan, mangsa gagal ditemui menyebabkan ibunya membuat laporan polis jam 4 petang, hari yang sama.


Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Mustaffa Maarof Mustaffa berkata mayat Mohd Shariqal berjaya dijumpai hasil soal siasat ke atas seorang suspek yang juga di percaya jiran keluarga mangsa. 

"Suspek seorang lelaki tempatan berumur 30 tahun ditahan kira-kira jam 11 pagi tadi hasil daripada maklumat orang awam yang melihat suspek membawa mangsa dalam sebuah kenderaan," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Beaufort untuk bedah siasat manakala motif kejadian masih disiasat,  Suspek ditahan untuk siasatan lanjut

Semoga ibu bapa serta keluarga nya tabah dengan apa yang berlaku kerana ia nya begitu tragis dan menyediah kan kanak-kanak sekecil itu di perlakukan sedemikin.

Suspek bunuh budak berang diejek

LOKASI mayat kanak-kanak (gambar kecil) ditemui.


Beaufort: Suspek pembunuhan kanak-kanak Mohd Shahriqal Sidek, 3, mengaku menampar mangsa berulang kali sehingga pengsan sebelum mencampaknya ke anak sungai di Kampung Jempangah, Beaufort, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Mustaffa Maarof Mustaffa berkata demikian ketika dihubungi, di sini, hari ini.

"Hasil siasatan awal, suspek berusia 30 tahun itu mengaku bertindak demikian pada Jumaat lalu termasuk mencampaknya ke anak sungai berhampiran Sekolah Menengah St John, kira-kira 7 kilometer dari lokasi kanak-kanak itu hilang.

"Suspek memberitahu mangsa yang kerap mengejeknya sebelum ini menyebabkan lelaki itu berang lalu bertindak menyerang mangsa," katanya.

Suspek kini direman selama seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan.
-
 Al-fatihah.

Post a Comment

0 Comments