Recents in Beach

Kisah Broker Tanah Terlanggar Kaabah Di Mekah

Loading...
Loading...

Broker Terlanggar Kaabah

ADA satu kisah yang menimpa jemaah lelaki berusia lingkungan 40 tahun.

Ia berlaku pada tahun 2010. Jemaah ini datang satu keluarga. Sebelum masuk waktu Subuh, pagi itu kami membawa jemaah untuk melakukan tawaf.





Sebelum bermula ada seorang mutawif bertanggungjawab memberi penerangan atau tunjuk ajar dahulu kepada 25 jemaah terbabit.

Bila selesai memberi penerangan, kami dan semua jemaah mula bertawaf. Ketika itu saya tengok keadaan sekitar Kaabah agak lengang. Tak ramai jemaah yang ada sebab masih awal pagi.

Jadi mudah sikit saya dan mutawif hendak mengawasi semua jemaah. Sedang berjalan untuk bertawaf mengelilingi Kaabah, mutawif tadi perasan keadaan seorang jemaah lelaki ini.

Semua jemaah lain berjalan mengelilingi Kaabah tapi tidak jemaah lelaki ini. Jemaah ini berjalan terus ke arah Kaabah hingga dia melanggar dinding Kaabah. Dia langgar begitu kuat.

Bila lihat begitu, mutawif tadi terpaksa berhentikan tawaf semua iemaah di bawahnya. Kemudian mutawif tadi terus mendapatkan jemaah ini.

Adik jemaah tersebut yang turut serta juga pergi kepada abangnya. “Abang tak nampak ke? Macam mana boleh langgar?” soal adik jernaah.

“Nampak apa? Aku tak nampak apa pun,” jawab jemaah ini serius. “Saudara tak nampak Kaabah ni,” soal mutawif pula. Kemudian jemaah ini menggeleng kepala. 

Dia mengaku, memang dia tak nampak Kaabah. Kata jemaah itu lagi walaupun sudah melanggar dinding Kaabah, dia langsung tak nampak Kaabah yang begitu besar itu. Mendengarnya sahaja semua jemaah yang mendengar pengakuan jemaah tadi terkejut.

Bagaimana Kaabah yang begitu besar jemaah ini boleh tak nampak? Bila mendengar begitu, mutawif tadi memberi nasihat kepada jemaah tadi. Mutawif tersebut meminta jemaah ini bertaubat sebenar-benamya.

Kemungkinan apa yang berlaku disebabkan kesilapan dirinya sendiri.

Alharndulillah, selepas solat taubat, perkara aneh tersebut terhenti. Jemaah tersebut kembali nampak Kaabah.

Tapi apa puncanya?

 Jemaah ini sendiri beritahu, apa yang berlaku ada kemungkinan dengan duit yang digunakan untuk datang ke Mekah.

Duit tersebut mungkin tak berkat. Jemaah ini beritahu dia bekerja sebagai broker tanah.

Dia mengaku dalam pekerjaannya ini pelbagai teknik digunakan untuk mendapat tanah untuk dijual kepada pihak lain.

Dia sanggup menipu, merampas hak orang atau buat perkara bukan-bukan. Mungkin akibat hasil wang yang tak berkat, jemaah ini gagal melihat Kaabah. Berdasarkan kisah tadi saya nasihatkan sebelum ke Mekah, persiapkanlah diri dengan ilmu agama, ibadah secukupnya.

Jika rasa ada membuat dosa, bersihkanlah diri dahulu dengan bertaubat sebenar-benarnya. Jika ada buat kesalahan dengan orang lain, jumpalah mereka dan minta maaf. Dengan cara ini kemungkinan anda semua akan dipermudahkan oleh Allah untuk melakukan ibadah di rumah-Nya.





Seperti diceritakan oleh Hajah Latifah binti Abu Hassan, Pengarah Urusan, De Mawardah Travel & Tours Sdn. Bhd., (03-692 9000/1616, atau demawardahtravel@yahoo.com) kepada wartawan Mastika, Kairul Anwar Yusop.

Post a Comment

2 Comments

  1. renungan yg berguna.. saya mendengar banyak kisah2 begini... sedih juga di hukum di sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar..namun nasib baik sedar sebelum terlambat..daat hidayah sebelum ajal menjemput

      Delete