Recents in Beach

Lokasi 4 Langsuir Yang Di Pasung Setahun Yang Lalu

Loading...
Loading...

Pasir Puteh: “Berikutan rupanya di belakang serta wajahnya tidak seperti perempuan, langsuir pemalu kepada wanita, namun meminati lelaki,” kata pengamal perubatan tradisional, Ramli Yusof, 41, yang mendakwa berjaya menangkap ribuan hantu sepanjang empat tahun pembabitannya dalam bidang itu.



Terbaru, lelaki berasal dari Kampung Gong Manok, Semerak, dekat sini, mendakwa berjaya menangkap empat langsuir, masing-masing dua di Gong Pasir, Gong Tinggi (satu) dan Gong Lapang (satu), dekat sini, minggu lalu

Sebelum itu, 5,000 penduduk dari tiga kampung terbabit selain Kampung Tasek dan Penaga Putar (Jerteh, Terengganu) dikatakan takut keluar rumah terutama selepas jam 9 malam sejak beberapa minggu lalu.

Ini kerana ada beberapa penduduk mendakwa pernah terserempak dan diganggu makhluk itu yang dikatakan suka mengilai dan terbang.

Foto


ORANG ramai menunjukkan lokasi seorang penduduk mendakwa melihat lembaga berterbangan.

Ramli berkata, dia bersama seorang lagi rakannya berjaya menangkap empat langsuir itu selepas dikatakan sering mengganggu penduduk di kampung berkenaan.

Katanya, makhluk itu ditangkap dalam tempoh tidak sampai sepuluh minit dengan membaca beberapa ayat suci Al-Quran.

“Saya ‘memasungkannya’ di satu tempat khusus dan akan ‘menghantarnya’ balik ke tempat asal selepas 40 hari ditangkap. Ia tidak boleh dilepaskan sewenang-wenangnya kerana dikhuatiri boleh mengganggu orang lain.

“Sebelum menangkap, saya membaca jampi di rumah dan ketika itu penduduk memberitahu terdengar langsuir melolong seperti kesakitan, bukan lagi mengilai,” katanya yang tidak dapat menunjukkan langsuir yang ditangkap kerana bimbang menimbulkan riak dan ia adalah syarat perubatan yang perlu dipatuhinya.

Cerita langsuir yang dikatakan mengganggu penduduk membabitkan beberapa kampung berkenaan menjadi bualan hangat apabila isu itu dikesan tersebar meluas di laman sosial Facebook.

Tinjauan mendapati, ada penduduk mendakwa terserempak dengan makhluk itu yang dikatakan berbadan merah menampakkan seperti isi daging manusia dengan dua gigi taring tajam di bibir bawah.
Penduduk Kampung Penaga Putar, Tuan Muda Tuan Mat, 48, berkata, dia menyaksikan sendiri kelibat lembaga terbang sambil mengilai panjang ketika pulang ke rumah dengan motosikal seorang diri, kira-kira jam 12 tengah malam, minggu lalu.


Katanya, walaupun tidak nampak secara jelas, dia memberanikan diri untuk memberhentikan motosikal dan ketika itu, kedengaran jelas suara lembaga itu menyebabkan bulu romanya berdiri.

“Perasaan takut datang lagi ketika tersedar daripada tidur pada malam itu kerana sebelum ini saya ada terdengar orang kampung bercerita mengenai langsuir, namun, saya tidak percaya sehinggalah berdepan dengannya sendiri,” katanya.

Sedikit Info tentang alam Jin

1. Suara dengkuran yang turut didengari oleh penduduk di Samarahan, Sabah pada 13.1.2012 adalah gangguan ketua iblis
di bumi bernama Azazil (bahasa Suryani) atau Al-Harith (bahasa Arab).


2. Dalam setiap surah, terdapat 2,696 ayat menceritakan tentang jin.

3. Dalam Al-Quran, terdapat 49 surah yang meliputi 216 ayat dinyatakan tentang iblis, jin dan ifrit sememangnya wujud malah kewujudan mereka lebih ramai dari manusia.

4. Istilah hantu, hantu raya, langsuir, pontianak, jembalang dan sebagainya adalah istilah atau panggilan yang diberikan oleh manusia untuk menggambarkan makhluk halus dari jenis jin kafir.

5. Iblis adalah induk kepada jin dan syaitan. Iblis mempunyai lima anak yang terdiri daripada Thabr, Al-Awar, Maswath, Dasim dan Zalnabur. Merekalah punca segala sengketa sesama manusia, bercakap mengarut dan mencarut, mengeji dan mencela, berdusta, mengumpat, mengutuk dan menghina, pembawa penyakit seperti kanser, penyakit menyerang bayi, mandul, keguguran, gila, wujudnya makhluk aneh dalam perut, penyakit kulit dan taun, perbuatan membuang bayi, pergaulan bebas sehingga berlakunya persetubuhan haram, gangguan saka, histeria, perbuatan santau dan sihir, khianat dan sifat-sifat terkutuk serta keji adalah disebabkan pengaruh dan hasutan makhluk berdarjat rendah itu. Berlindunglah dengan Allah S.W.T.

6. Istana syaitan terletak di atas air. Jin pula mendiami tempat-tempat seperti bukit/gunung, hutan rimba, sungai/tasik/lautan dan parit, tanah perkuburan, rumah kediaman yang ditinggalkan, masjid, pokok dan pasar-pasar.

7. Jin dan syaitan boleh berubah bentuk sama ada bentuk manusia ataupun haiwan peliharaan mahupun haiwan ganas. Jin yang ingin menjelma manusia memerlukan tenaga yang kuat dan ilmu yang mantap. Kepantasan jin berlari tidak sampai satu saat. Keadaan ini menyukarkannya untuk berhenti serta merta. Jin yang dapat berhenti serta merta akan dapat bertukar dari rupanya kepada rupa manusia, menandakan jin berkenaan mempunyai tenaga dan ilmu yang mantap.

8. Makanan makhluk halus seperti jin terdiri dari tulang, batu, buah, telur dan darah kotor (haid, nifas) yang dibuang merata-rata. Selain itu, rokok dan perokok juga disukai jin dan syaitan kerana merokok adalah membazirkan wang. Perbuatan membazir memang disukai syaitan.

9. Golongan makhluk halus yang mempunyai keluarga tinggal di bukit, gunung, gua dan sebagainya. Manakala golongan warga emas yang tidak berkeluarga suka mengasingkan diri dengan menjadikan pokok-pokok kayu sebagai kediaman dan penempatan. Makhluk ini tinggal di dalam pokok-pokok kayu kerana tidak ingin diganggu.


“Suara langsuir itu cukup menyeramkan saya,’ katanya.

Sementara itu, Pegawai Agama Jajahan Pasir Puteh, Ahmad Talhah Ab Rahman berkata, beliau tidak jelas mengenai gangguan langsuir itu kerana hanya mengetahuinya melalui Facebook.

“Susah nak cakap sebenarnya, tak nak percaya tak boleh juga, kita kena ingat Islam juga mengajar umatnya mempercayai perkara ghaib seperti wujudnya jin dan syaitan.

“Cuma, jangan kita panik dan terlalu takut kerana ia boleh menjejaskan iman, kena sama-sama jaga akidah dengan sentiasa merujuk kepada pakar atau orang yang layak membicarakannya,” katanya.

Beliau tidak menafikan ada mendengar cerita mengenai bomoh yang berjaya ‘menangkap hantu’, namun, mereka (bomoh) itu perlu berhati-hati kerana jin juga mungkin menipu dengan berpura-pura terperangkap.

“Sekalipun langsuir yang didakwa penduduk itu mungkin betul, makhluk itu tidak memudaratkan kerana ia mungkin jin jahat yang hanya mahu mengganggu manusia.

“Paling penting, orang ramai terutama yang beragama Islam perlu yakin Allah sentiasa menguji makhlukNya supaya tidak lupa serta sentiasa mengingatiNya,” katanya.

P/S......biarpun kejadiannya telah pun lama berlaku,sesuatu harus diingat bahawa syaitan dan iblis tidak pernah mati malah semakin membiak dari hari ke hari...masih ada lagikah langsuir yang dipasung disitu?






Post a Comment

0 Comments