
Loading...
Pesawat Virgin yang dalam penerbangan ke Sydney diarah berpatah balik ke Los Angeles kerana berlaku kebocoran pada sinki, menurut syarikat penerbangan itu.
Bagaimanapun, syarikat itu menafikan terdapat najis bersepah di lorong tempat duduk pesawat berkenaan.
Ketika kejadian pesawat VA2 dalam penerbangan ke Sydney yang kemudian menyambung laluan ke Christchurch, New Zealand.
"Bagi mematuhi standard prosedur, kapten telah membuat keputusan untuk berpatah balik sebagai langkah berjaga-jaga selepas dua sinki dalam pesawat itu bocor," kata Virgin dalam kenyataannya.
Bagaimanapun syarikat itu menafikan kenyataan-kenyataan daripada para penumpang menerusi radio New Zealand yang mendakwa kebocoran itu telah mengakibatkan najis manusia bersepah di lorong-lorong tempat duduk dan menyebabkan bau busuk.
Jelas Virgin kepada The Sydney Morning Herald, tandas -tandas di dalam pesawat mempunyai sistem perparitan berbeza.
"Kebocoran membabitkan sinki dalam pesawat, bukan tandas dan tidak ada insiden najis manusia yang terkeluar," tambahnya.
Penerbangan jarak jauh itu berpatah semula demi memastikan keselesaan para penumpang dan apabila semua masalah diselesaikan, penerbangan beroperasi semula.
Virgin bagaimanapun tidak mendedahkan punca masalah.






0 Comments