Recents in Beach

Tunku Abdul Jalil Gering,Solat Hajat Akan Diadakan Di Seluruh Masjid Daerah Johor

Loading...
Loading...
Disebabkan keadaan kesihatan anakandanya, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menitahkan supaya sambutan Hari Ulangtahun Keputeraannya tahun ini diadakan secara sederhana.


TJ:Nak melawat kawan sakit di hospital.Tiba tiba makcik ni panggil nama saya,bila tanya nak makan apa.dia kata buah buahan.Saya janji malam ni saya antar. #TJ

Sambutan Hari Ulangtahun Keputeraan baginda Sultan Johor jatuh pada Sabtu ini.

Yang Di Pertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, tidak akan ada istiadat penganugerahan pingat kebesaran serta istiadat sembah takzim pada tahun ini.


"Oleh sebab keadaan kesihatan Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil adalah terganggu, Tuanku Sultan Johor telah bertitah supaya sambutan ulangtahun keputeraan tahun ini diadakan dalam keadaan sederhana," katanya.

Beliau berkata, solat hajat juga akan diadakan di Masjid Abu Bakar dan masjid-masjid di seluruh daerah Johor Jumaat ini selepas solat Maghrib bagi mendoakan kesihatan Sultan Johor.

Solat hajat itu katanya, juga akan mendoakan supaya kegeringan Tunku Abdul Jalil dipulihkan seperti sediakala.
                                Makan bersama nurse nurse di ward diraja. 

Walaupun Abdul Rahim tidak menjelaskan lebih lanjut tentang masalah kesihatan dihadapi oleh Tunku Abdul Jalil, namun kenyataannya hari ini mengesahkan bahawa anakanda Sultan Johor itu sememangnya sedang gering.

Sebelum ini spekulasi tentang keadaan terkini kesihatan Tunku Abdul Jalil itu hanya bertiup kencang di dalam media-media sosial.

Walaupun istiadat penganugerahan darjah kebesaran Johor tidak akan diadakan tahun ini, namun Sultan Johor menurut beliau, mahukan acara-acara lain di daerah diteruskan seperti biasa..

Acara di daerah seperti majlis ikrar taat setia yang diadakan di seluruh daerah diketuai oleh pegawai-pegawai daerah perlu diteruskan, katanya.


Sementara itu beliau berkata, Sultan Johor juga bertitah mahukan seberapa ramai rakyat negeri itu hadir pada majlis jamuan teh rakyat di Dataran Bandaraya pada Ahad ini.

P/s.....Didoakan semoga TJ cepat sembuh...,..moga sihat dan panjang umur agar boleh berbuat lebih banyak amal kebajikan...amin

-- Malaysia Gazette
credit foto:instagram

Post a Comment

3 Comments

  1. semoga cepat sembuh Tengku Jalil. kami rakyat Johor turut berdukacita.. =(

    ReplyDelete
  2. Ini satu lagi sedut feed
    http://my-mediasemasa.blogspot.com/2014/11/tunku-abdul-jalil-geringsolat-hajat.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wish to clarify. Kak T, maksud saya blog my-mediasemasa sedut blog kak T. banyak artikel Drama Dunia disedutnya. cuba pegi tengok. klu dah tahu ok lah

      Delete