Recents in Beach

Anak-anak Allahyarham Cikgu Mangsa Bot Terbalik Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata

Loading...
Loading...
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengangkat mangsa lemas iaitu suami kepada wanita yang turut menjadi mangsa lemas ditemui tersangkut pada timbunan sampah kira kira 100 meter daripada Jambatan Geliga, Sungai Kemaman.



CHUKAI: Mayat seorang lagi mangsa bot terbalik, Suhaimi Awang, 37, ditemui hari ini tidak jauh dari tempat mayat isterinya ditemui, semalam.

Mayat mangsa ditemui kira-kira jam 12.20 tengah hari oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira sembilan meter dari lokasi mayat isterinya, Norhayati Sulung ditemui.

Jenazahnya kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Mayat Norhayati, 37, ditemui jam 4.05 petang semalam di benteng Sungai Kemaman oleh sepasukan anggota bomba, kira-kira 700 meter daripada tempat Allahyarham dan suaminya terjatuh dari bot di Kampung Geliga Che Akob di sini.


                                               Mayat isterinya turut dijumpai semalam


Allahyarham suami isteri ini meninggalkan 6 orang anak dan yang pastinya anak-anak mereka menjadi yatim piatu dalam sekelip mata
Wajah enam orang anak pasangan suami isteri, Suhaimi Awang, 37 dan Nur Hayati Sulong, 37 yang lemas dihanyut banjir selepas bot yang mereka naiki bersama-sama tiga anggota bomba dan tiga mangsa banjir lain terbalik selepas terperangkap dalam pusaran air ketika dalam perjalanan ke Pusat Pemindahan di SK Geliga pada Rabu lalu. 

Anak-anak pasangan itu adalah Nor Syafiqah Syahira,12 Nor Izzah Insyirah,11 Muhammad Irfan Irsyad,9 Nor Intisar Iedikar,6 Muhammad Aqil Amsyar,4 dan Nor Adifa Arissa, 4 bulan.


Al Fatihah

Post a Comment

0 Comments