Recents in Beach

Laut Jawa Mengerunkan......Pesawat QZ8501 Tersilap Memasuki Kawasan Kilang Ribut Petir

Loading...
Loading...
SYDNEY 30 Dis. – Pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang sejak tiga hari lalu, dipercayai memasuki kawasan yang dikenali sebagai ‘kilang ribut petir’, dakwa seorang pakar penerbangan Australia.

Pakar terbabit, Neil Hansford berkata, kebiasaannya juruterbang veteran akan cuba mengelak kawasan itu yang terletak di Laut Jawa kerana keadaan ribut yang menggerunkan.

“Kebanyakan penerbangan akan mengelak dan terbang mengelilingi kawasan ribut itu dan ada pihak yang melakukan kesilapan apabila membuat pelan penerbangan untuk pesawat QZ8501 melalui kawasan berbahaya tersebut,” katanya ketika diwawancara dalam program televisyen, Today.

ZON BAHAYA

SYDNEY: Pakar penerbangan Australia berkata, kesilapan manusia membawa kepada kehilangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 selepas juruterbang membawa pesawat itu ke dalam zon bahaya yang diketahui di ruang udara Laut Jawa.

Neil Hansford berkata, kapten warga Indonesia atau pembantu juruterbang warga Perancis pesawat itulah yang merancang "pelan penerbangan berbahaya" itu.

Beliau berkata, juruterbang senior akan mengelak melalui kawasan berkenaan di mana pesawat dipercayai akan terhempas dan tidak boleh terbang melaluinya.

"Mereka memanggilnya 'kilang ribut petir'. Anda merancang untuk mengelaknya, anda tidak merancang untuk melaluinya," kata Hansford kepada Nine Network.

Beliau berkata, sesiapa yang merancang penerbangan itu telah membuat satu kesilapan besar.
"Kami tidak tahu sama ada ia pembantu juruterbang atau kapten sendiri...sama ada mereka membaca laporan meteorologi yang diberikan ketika di Surabaya.

"Bagaimana pula tahap komunikasi sesama mereka? Bahasa asas seorang itu ialah bahasa (Indonesia), bahasa seorang lagi pula Perancis," katanya.

Hansford menyimpulkan bahawa nahas berkenaan sebagai kesilapan juruterbang.
"Saya sudah katakan sebelum ini, ia bukan masalah teknikal," katanya.

Post a Comment

0 Comments