Recents in Beach

Musibah Banjir....Makanan Di Catu Dan Semua Mangsa Berhimpit Di Tingkat 3.

Loading...
Loading...
Assalamulaikum.

Saya memohon kepada anda semua untuk terus berdoa dan berdoa. Sekolah saya SMK Laloh, kuarters saya dan guru guru lain sudah tenggelam sepenuhnya hingga ke paras tingkat 4 bangunan sekolah. Sekolah SMK Manik Urai pun mengalami nasib sama.



Kampung kampung sudah hilang dan hanya tinggal lautan air yang sangat tinggi. Bantuan kemanusian baik dari bot mahupun bantuan udara tidak dapat dihantar kerana cuaca yang sangat buruk.

Kawan kawan saya, Fakhri Abu Hanifah dan Taufik Rusli dan cikgu cikgu lain masih terperangkap tanpa makanan sudah 2 hari. Ada yang melarikan diri ke bukit untuk menyelamatkan diri. Sekiranya air masih naik, tidak tahu apa lagi nasib mereka.

ALLAHUAKBAR!



Hospital Kuala Krai adalah kawasan paling tinggi di bandar Kuala Krai jugak hampir ditenggelami air.

Orang terlalu ramai berhimpit di tingkat 3 (labor room) kerana di situ tempat paling tinggi. Makanan makin sedikit, catuan makanan utk orang ramai, staff hospital, dan pesakit.

Saya memohon anda semua berdoa dan terus berdoa dan sesungguhnya sangat kecewa kerana berita di televisyen tidak memaparkan kejadian sebenar yang berlaku di Kampung Laloh, Manik urai, Kuala Krai dan Gua Musang.

Bantulah mereka sedaya mungkin dengan apa jua cara sekalipun. Nyawa mereka di dalama bahaya. Tolonglah rakyat Malaysia.. Tolonglah..

Allahuakbar..

FB Afnan Zainudin






Post a Comment

0 Comments