Recents in Beach

Pesawat Hilang,Air Asia Tukar Logo Dari Merah Ke Warna Kelabu

Loading...
Loading...

SHAH ALAM –  Malaysia Airlines (MAS) menyatakan rasa simpatinya terhadap kehilangan pesawat Air Asia QZ8501.



Dalam masa yang sama juga syarikat penerbangan itu memberikan kata-kata semangat

“Stay Strong Air Asia ” (“Bertahanlah Air Asia) kepada Air Asia menerusi laman sosial.

“Our thoughts and prayers are with all family and friends of those on board QZ8501 (Ingatan dan doa kami bersama sahabat handai dan sanak saudara mereka yang berada dalam QZ8501),” penan bertulis daripada MAS.

Air Asia sejurus selepas kejadian kehilangan pesawat Airbus A320-200 itu disahkan menukar logo di laman media sosialnya kepada warna kelabu berbanding merah sebelum ini.

Pesawat yang membawa lebih 160 orang itu dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan daripada Surabaya ke Singapura.

Untuk rekod, sebelum ini, ketika insiden MH370 dan MH17, MAS menggunakan gambar profil di media sosial berwarna kelabu sebagai setiakawan kepada mangsa dan keluarga.


Post a Comment

0 Comments