Recents in Beach

QZ8501 :Nota 'I love You' nya Dari Ketinggian 38,000 kaki

Loading...
Loading...



GAMBAR yang dimuat naik di rangkaian media sosial yang tertera "I Love You From 38000 ft' oleh pramugari pesawat AirAsia Indonesia.



JAKARTA: Kisah seorang pramugari pesawat AirAsia Indonesia yang memuat naik gambar di rangkaian media sosial yang tertera tulisan "I Love You From 38000 ft', amat menyentuh perasaan.

Detik.com dalam laporannya hari ini berkata, salah seorang kru pesawat QZ8501 yang terputus hubungan Ahad lalu adalah pramugari Khairunisa Haidar Fauzi, 22, yang cukup aktif di media sosial.

Laporan itu berkata, pramugari yang lebih selesa dipanggil Nisa ini kerap menjadikan Instagram sebagai salah satu media sosial untuk memuat naik banyak gambar mengenai foto kegiatan hariannya.

"Setelah hilangnya AirAsia QZ8501, salah satu gambar dari Instagram Nisa yang banyak tersebar di media sosial ialah gambar yang dimuat naik dua dua minggu lalu.

"Foto berkenaan menampilkan sehelai kertas yang ditempalkan di tingkap pesawat. Di kertas berwarna coklat itulah terdapat tulisan tangan Nisa 'I LOVE YOU FROM 38000 ft' (Saya sayang anda dari 38,000 kaki) dengan berlatar belakangkan ada pemandangan sayap pesawat yang berada di atas awan," kata laporan itu.

Dipercayai gambar berkenaan itu diambil ketika Nisa sedang bertugas sebagai pramugari di AirAsia.

"Nisa juga membuat keterangan pada gambar iaitu: 'Yes! I love you :x #love #caption #wings #aircraft'," lapor Detik.com.

Setelah QZ8501 dilaporkan hilang, ratusan komen ditulis pengguna Instagram dengan kebanyakan menyatakan perasaan sedih, malah ada juga yang berharap Nisa boleh membaca semua komen berkenaan.



Pramugari Khairunnisa Haidar Fauzi ( kanan ) bersama rakan kru opesawat QZ8501 yang terputus hubungan Ahad lalu.

Susulan itu, keluarga pramugari berkenaan berharap agar Nisa terselamat dalam kejadian yang menimpa pesawat QZ8501 yang terputus hubungan ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura, Ahad lalu.

Ayahnya, Haidar sangat berharap anak perempuannya itu dapat ditemui dengan selamat.

                                                                Ibu Nisa

"Harapan semoga Nisa mampu ditemui dengan selamat," kata Haidar di kediamannya Jl Pipa Nomor, Kelurahan Pipa Reja, Kemuning, Palembang, semalam.

Nisa menjadi pramugari AirAsia sejak 2013. Dia adalah anak bongsu daripada tiga beradik dan lahir di Palembang pada 11 Mei 1992.

Kali terakhir Nisa menghubungi keluarganya adalah pada malam sebelum dia bertugas pada penerbangan pertama dari Surabaya menerusi pesawat QZ8501 pada jam 5.35 waktu tempatan. - Detik.com

Berita Harian Online
31 Disember 2014


QZ8501: Kasut kanak-kanak antara yang ditemui


Jakarta : Sejumlah besar barangan peribadi milik mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 termasuk kasut kanak-kanak sudah dikumpulkan kru kapal perang Indonesia, KRI Bung Tomo bersama beberapa objek keras daripada bahagian pesawat.

Ketua operasi KRI Bung Tomo Dispne Koarmatim berkata, selain itu, peralatan kecemasan bertulis AirAsia, dua pintu pesawat, satu unit tingkap kecemasan dan beberapa beg berisi makanan ditemui di kawasan perairan Pangkalan Bun.

Sementara itu, pemerhati industri penerbangan, Chappy Hakim berkata, juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat berkenaan dipercayai gagal mengeluarkan kod 'Mayday ... Mayday' atau isyarat bahaya dari pesawat berikutan situasi cemas.

                        Sebahagian barangan mangsa yang ditemui. FOTO Detiknews

Katanya, mereka mungkin sibuk mengatasi kerosakan komunikasi, radio dan hilang bekalan elektrik sebaik pesawat terputus hubungan dengan menara ATC.

“Juruterbang tidak sempat mengeluarkan kod bahaya (Mayday...Mayday),” katanya
Bagaimanapun, bekas Ketua Anggota Tentara Nasional Indonesia Angkatan Udara itu enggan mengulas lanjut.

Mayday adalah kod tanda bahaya yang sering digunakan dalam dunia penerbangan. Perkataan itu berasal dari bahasa Perancis, M'aidez yang bermaksud tolong saya. - Detik.com



Post a Comment

0 Comments