Recents in Beach

QZ8501 Terkini: Pecah sebaik sentuh air & Lebih 40 Mayat Telah Di Jumpai

Loading...
Loading...
Surabaya: Jeritan tangisan ahli keluarga pesawat QZ8501 sebaik disahkan penemuan pesawat itu jelas kedengaran sehingga seorang daripada ratusan waris pengsan sebelum terpaksa diusung keluar dari Pusat Krisis Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda Surabaya tadi.


Malah pusat itu yang seawalnya tenang mula bertukar kecoh apabila ahli keluarga dimaklumkan penemuan terbaru itu.

Wartawan yang berada di lokasi mendapati ada keluarga yang saling berpeluk dan menangis selepas menerima berita itu.

Media tempatan dan antarabangsa turut mengambil kesempatan menggerumuni pintu hadapan pusat ini namun dihalang pegawai bertugas.

Detik suasana sedih dan pilu itu hanya sempat dirakam beberapa seketika sebelum kesemua cermin ditampal dengan kertas dan kain bagi menghalang media merakamkannya.

Ambulans juga sudah ditempatkan di luar pusat ini sebagai langkah persediaan.

QZ8501: ‘Pecah sebaik sentuh air’

Pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 membuahkan hasil selepas sejumlah serpihan, jasad dan bayangan pesawat ditemui di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

Pemerhati penerbangan, Alvin Lie ketika menganalisis penemuan serpihan dan jasad berkata, maklumat yang diterima membawa kemungkinan pesawat itu terjatuh dan pecah apabila menyentuh air.

“Mungkin pesawat itu pecah sebaik menyentuh air,” katanya ketika dihubungi detik.com.
Analisis Alvin itu masih bersifat telahan, namun beliau turut mengatakan bahawa ada kemungkinan kecil pesawat terbabit meletup di udara.

“Kalau meletup di udara pasti serpihannya merebak," ujarnya.

Pasukan gabungan carian AirAsia mencari serpihan pesawat dan enam jenazah di perairan Pangkalan Bun.
Tiga dari enam jenazah dipindahkan menggunakan KRI Bung Tomo. 

Selain penemuan itu, pesawat Hercules Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) mencari objek yang menggambarkan bayangan pesawat di dalam laut. - detik.com


TERKINI:QZ8501: Lebih 40 mayat dikeluarkan setakat ini


JAKARTA 31 Dis. – Lebih 40 mayat penumpang pesawat AirAsia QZ8501 telah dikeluarkan setakat ini dari lokasi nahas oleh pasukan mencari dan menyelamat, lapor tentera laut Indonesia.

“Berdasarkan laporan tentera laut, kapal perang Bung Tomo telah mengeluarkan lebih 40 mayat dan jumlah tersebut dijangka meningkat,” kata jurucakap tentera laut, Manahan Simorangkir. - AGENSI

Jeritan tangisan ahli keluarga pesawat QZ8501 sebaik disahkan penemuan pesawat itu jelas kedengaran sehingga seorang daripada ratusan waris pengsan sebelum terpaksa diusung keluar dari Pusat Krisis Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda Surabaya tadi.


“On behalf of AirAsia my condolences to all. Words cannot express how sorry I am.”
“I am rushing to Surabaya. Whatever we can do at Airasia we will be doing.”-Tony Fernandez

Post a Comment

0 Comments