Recents in Beach

QZ8501 - SERPIHAN PINTU PESAWAT & MAYAT MELAMBAI SEOLAH MINTA BANTUAN DITEMUI DI PERMUKAAN LAUT

Loading...
Loading...

Pangkalan Bun: Beberapa bahagian pesawat termasuk pintu pesawat dikesan ketika pencarian melalui udara, lapor AFP.



"Kami mengesan kira - kira 10 objek besar dan beberapa objek kecil berwarna putih," kata Marsekal Muda Tentera Udara Indonesia Agus Dwi Putranto.



Menurutnya, lokasinya adalah 10 kilometer daripada lokasi terakhir pesawat berkenaan dikesan radar di sekitar kawasan Pontianak dan Bangka Belitung," katanya.

Leftenan Tentera Udara, Tri Wibowo pada mulanya ternampak seperti manusia yang sedang melambai-lambai ke arah pesawat namun setelah dihampiri, objek tersebut kelihatan seperti jasad manusia yang sedang membengkak.


Beliau turut menunjukkan 10 keping gambar yang menunjukkan sebuah pintu pesawat, peluncur keselamatan pesawat dan objek berbentuk segi empat tepat.

Seorang jurukamera AFP yang berada dalam pesawat yang sama memaklumkan dia melihat beberapa objek berbentuk rakit keselamatan, jaket keselamatan dan beberapa tiub panjang berwarna oren.

Manakala Pasukan tentera udara Indonesia melaporkan menemui objek yang dipercayai tubuh manusia di kawasan perairan Selat Karimata dekat Teluk Air Hitam, Kalimantan Barat - Detik News


Twitter pembaca berita TV3, Izwan Azir Saleh (@IzwanAzirSaleh) turut memuatnaik gambar rakaman TV One Indonesia mengenai penemuan mayat di lokasi pencarian pesawat AirAsia indonesia yang hilang di Laut Jawa. - UTUSAN 


Menurut laporan portal tempatan, Detik News, penemuan terbaharu itu dicatatkan melalui pemantauan oleh sepasukan anggota tentera yang menaiki pesawat Hercules A1319, kurang sejam selepas penemuan sejumlah objek dipercayai termasuk pintu pesawat dan gelongsor kecemasan milik pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang sejak dua hari lalu.

Jakarta: Badan SAR Nasional (BASARNAS) menemui satu mayat di Selat Karimata. Proses pemindahan menggunakan heli Super Puma sedang berlangsung. 

Dari tayangan tvOne, mayat ditemui terumbang-ambing di Selat Karimata, sekitar jam 3.40 petang tadi, tidak jauh dari penemuan serpihan bahagian pesawat.

 Mayat itu dikenalpasti berpakaian hitam. Kerja menyelamat dilakukan seorang kakitangan BASARNAS yang turun menggunakan seutas tali. Usaha menyelamat sukar berikutan angin kuat


Seorang daripada pegawai tentera yang berada dalam pesawat itu, Tri Prabowo sempat menangkap gambar objek berkenaan yang kelihatan seperti tubuh manusia yang sedang melambai tangan seolah-olah meminta bantuan.

Jelas laporan itu, penemuan tersebut tidak jauh daripada lokasi terakhir pesawat yang membawa 162 penumpang itu sebelum hilang daripada dikesan radar.

Post a Comment

1 Comments

  1. Kita sama2 doakan untuk mangsa Air asia dan mangsa banjir


    laju jer akak post informasi,xsempat sy,hahahah ..

    ReplyDelete