Recents in Beach

Samir Dedah Diugut Akan DiP3rkosa & Dipaksa Tonton Hubungan Terlarang Dengan Keldai

Loading...
Loading...
Teluk Guantanamo – Diberi dadah dan didera secara seksual merupakan pengalaman pahit yang dialami oleh seorang tahanan di kem Guantanamo, Samir Naji sepanjang 13 tahun dia menderita ditahan dan diseksa di situ.



Samir yang berasal dari Yaman ditahan di situ selepas didakwa menjadi pengawal peribadi kepada Osama bin Laden, namun dia tidak didakwa dengan tuduhan jenayah tersebut.

Samir, yang sepatutnya dibebaskan lima tahun lalu bagaimanapun masih ditahan di kem berkenaan.

Perkara itu didedahkan Samir dalam pendedahan yang disiarkan oleh CNN selepas laporan Senat Amerika Syarikat mendedahkan penderaan kejam yang dilakukan oleh Biro Penyiasatan Pusat (CIA) terhadap suspek Al-Qaeda hingga mencetuskan kritikan ramai.

Menurut Samir, yang mempertahankan bahawa dia tidak bersalah atas dakwaan yang dikenakan ke atasnya, siksaan yang dilakukan itu menunjukkan bagaimana Amerika Syarikat berada dalam keadaan memalukan.

“Saya rasa siasatan pertama kali dilakukan ke atas saya adalah sepanjang tiga bulan dengan dua pasukan penyiasat bertugas siang dan malam.
“Setiap sesi mereka akan menjerit untuk mengejutkan saya. Mereka akan memukul muka dan belakang saya. Saya amat perlukan tidur hinggakan kepala saya berpusing-pusing,’’ katanya.

 Jelasnya terdapat banyak gambar najis di sekeliling bilik siasatan dan dia juga cuba melancarkan mogok lapar, namun diketawakan oleh pasukan penyiasat malah makanan dicurahkan ke mukanya.


“Mereka melemparkan makanan ke muka saya dan menyuruh saya makan makanan itu seperti ****. Mereka juga tidak membenarkan saya ke tandas dan membiarkan saya kesakitan menahan kencing dan berak dalam bilik itu,’’ katanya yang turut diugut akan dirogol jika membuang najis dalam bilik berkenaan.

Selain itu, Samir turut dipaksa melihat gambar manusia melakukan seks dengan keldai dan video tahanan lain disiksa.

Namun apa yang menyedihkannya ialah apabila janggutnya dicukur, yang disifatkan Samir sebagai satu penghinaan kepadanya.


Post a Comment

0 Comments