Recents in Beach

Sehingga Tengahari Ini.Banjir Di Kelantan,Terengganu & Pahang Semakin Buruk

Loading...
Loading...
KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang semakin buruk tengah hari ini apabila lebih ramai mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan berbanding pada sebelah pagi manakala lima buah kampung di Beaufort, Sabah dilanda banjir tengah malam tadi. 

Di KELANTAN, mangsa banjir di lapan jajahan meningkat sebanyak 241 orang daripada 20,468 orang pagi tadi, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir tengah hari ini kepada 20,709 orang.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, pusat pemindahan juga bertambah daripada 70 buah kepada 84 buah tengah hari ini bagi menempatkan kesemua 20,709 mangsa banjir daripada 6,795 keluarga.


KUALA TERENGGANU: Banjir di Terengganu semakin buruk apabila bilangan mangsa ditempatkan pusat pemindahan sementara meningkat mendadak kepada 12,350 orang sehingga 11 pagi ini berbanding 5,910 orang malam tadi. 

Sehingga jam 11 pagi tadi, semua mangsa banjir adalah daripada 2,952 keluarga yang ditempatkan di 95 pusat pemindahan berbanding 1,575 keluarga di 62 pusat pemindahan sebelum ini. 

Menurut portal Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu, Kemaman mencatatkan bilangan mangsa tertinggi dengan 5,592 orang daripada 1,291 keluarga ditempatkan di 36 pusat pemindahan. 

Kuala Terengganu pula mencatatkan 2,803 orang daripada 583 keluarga ditempatkan di 11 pusat pemindahan manakala di Dungun, 2,664 orang daripada 718 keluarga ditempatkan di 21 pusat pemindahan. 

Di Hulu Terengganu, seramai 680 orang daripada 206 keluarga ditempatkan di 14 pusat pemindahan manakala di Besut, seramai 495 orang daripada 119 keluarga ditempatkan di sembilan pusat pemindahan. 

Di Marang, seramai 94 orang daripada 28 keluarga di dua pusat pemindahan dan Setiu mencatatkan jumlah mangsa terendah iaitu hanya 22 mangsa daripada tujuh keluarga di tempatkan di dua pusat pemindahan. 

Beberapa laluan masih ditutup iaitu Jalan Aring 8-Kenyir-Kuala Jeneris (FT185), Jalan Kuala Berang/Tanggol/Wakaf Tapai (T107) dan Jalan Matang/Nibong/Kuala Telemong (T139) di Hulu Terengganu serta Jalan Chukai/Air Putih (FT237), Kemaman dan Jalan Buluh Gading/Jeram/Pulau Bahagia,Kuala Terengganu. -hmetro 


Air pasang dijangka berlaku berterusan sehinga 29 hb bermula pada pukul 9 malam . Purata air naik adalah setinggi 3.5 meter .

Kalau tak dicampur dengan air hujan , inshaAllah tidak banjir . Tapi jika hujan lebat sehingga pukul 8 malam , dinasihatkan supaya mengalih kenderaan dan terus berpindah dari rumah .

Air pasang paling besar dijangka berlaku 26 hb ini yang boleh mencecah sehingga 3.9 meter .

Sumber : Jabatan Air 

Katanya, enam laluan utama di tiga daerah ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Kuantan membabitkan Jalan Kuantan-Sungai Lembing (dekat Jambatan Sungai Riau), Jalan Kuantan- Sungai Lembing (Simpang Tiga Panching), daerah Lipis pula membabitkan Jalan Lipis-Gua Musang dan Jalan Lipis-Merapoh dan di daerah Maran ialah Jalan Benta-Jerantut dan Jalan Utama Bandar Maran.


Post a Comment

0 Comments