Recents in Beach

Seramnya Anak Patung Tanpa Wajah

Loading...
Loading...
Tahukah anda terdapat anak patung ‘Islamic Compliance’ telah mula dijual untuk kanak-kanak perempuan beragama Islam? 



Anak patung tanpa muka dan berhijab yang khas untuk kanak-kanak perempuan Islam telah mula dijual di Britan, lapor agensi berita DailyMail.


Ia telah direka untuk mematuhi hukum Islam yang melarang pemaparan ciri-ciri wajah dalam apa jua bentuk termasuk gambar, ukiran dan, dalam kes ini, anak patung.

Patung perempuan itu didatangkan dengan hijab berwarna hitam dan baju berwarna merah tetapi tidak mempunyai mata, hidung atau mulut dan ianya dijual pada harga USD$40 (RM140).


Anak patung yang diberi nama “Deeni Doll” ( Patung Deeni ) ini dibuat di China dan direka oleh seorang pereka dari United Kingdom, Ridhwana B, seorang guru di sebuah sekolah Islam di situ.

Dia juga mengambil masa 4 tahun untuk menghasilkan patung tersebut dan berhasrat untuk menerbitkan buku pendidikan Islam untuk kanak-kanak tidak lama lagi.


Rasanya patung itu bila dilihat agak mengerikan dan lebih baik permainan yang tiada ada kaitan langsung dengan benda hidup seperti kereta, trak dan sebagainya dihasilkan dengan penuh kreatif berbanding anak patung ini.

 Apa kata anda?

Post a Comment

0 Comments