Recents in Beach

Tiada Lokasi Selamat....Kesemua Mangsa SMK Manek Urai Sah Dalam Bahaya

Loading...
Loading...

Air cecah tingkat 3, 500 mangsa di SMK Manek Urai dalam bahaya


KUALA KRAI: Seramai 500 mangsa banjir yang kini ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai berada dalam bahaya apabila air sudah mencecah sehingga ke tingkat tiga bangunan sekolah.


Lokasi berkenaan yang dibuka untuk dijadikan pusat pemindahan awal pagi semalam, kini dilanda banjir teruk dan kesemua mangsa berada di tingkat empat bangunan sekolah itu.

Lokasi pemindahan SK Manik Urai

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kelantan, ketika dihubungi berkata pasukan keselamatan buntu dan sehingga petang tadi kesemua mangsa tidak mampu dipindahkan kerana tiada lokasi selamat.

Menakutkan...SMK Manik Urai..Bagaimana Nasib Mangsa Banjir Di Tingkat 4

"Kami tidak tahu di mana mahu menempatkan kesemua 500 mangsa itu. Kita juga tidak menyangka pusat pemindahan berkenaan turut ditenggelami air.


"Kami hanya mampu menghantar anggota bomba untuk mententeramkan keadaan mangsa di sana supaya tidak panik," katanya.



Kemaskini, Mangsa banjir di Manik Urai yang Berlindung di kawasan bukit...


“Alhamdullilah.. At least Ada jgk bukit untuk diorang berlindung
Harapnya surut lah cepat.kalau tak..Nauzubillah” ─ Cekanie Lorenzo






Post a Comment

0 Comments