Recents in Beach

Tragedi Berulang?AirAsia Sahkan Pesawat Hilang, Nasib 155 Penumpang Tidak Diketahui

Loading...
Loading...

JAKARTA: Pesawat Air Asia QZ 8501 penerbangan dari Surabaya ke Singapura telah difahamkan terputus hubungan pada awal pada jam 06.17 pagi tadi menurut Pmedia tempatan.


Pesawat yang dijadualkan akan tiba di Singapura tersebut pada jam 07.20 pagi.

Namun yang demikian pesawat tersebut terputus hubungan sebelum sampai ke sempadan Indonesia sehingga sekarang.




Pesawat jenis Airbus A320-200 yang diketuai Kapten Irianto difahamkan membawa seramai 155 orang penumpang yang terdiri daripada 138 orang penumpang dewasa, 16 orang kanak-kanak, seorang bayi, 2 juruterbang dan 4 orang krew penerbangan.


Seorang rakyat Malaysia disahkan antara penumpang dalam pesawat AirAsia dengan nombor penerbangan QZ 8501 yang dilaporkan hilang di ruang angkasa Pulau Kalimantan pagi ini.
Menurut jurucakap Kementerian Perhubungan, Hadi Mustofa, berdasarkan daftar penumpang pesawat yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura itu, 149 penumpang lain terdiri daripada warganegara Indonesia.
“Warganegara Singapura seorang, United Kindom seorang dan Korea Selatan tiga orang termasuk bayi,” katanya dalam wawancara dengan stesen televisyen Metro TV sebentar tadi.
Sehingga berita ini ditulis pesawat tersebut masih lagi tiada khabar dan pihak kami akan mengemaskini artikel ini dari masa ke semasa

Post a Comment

0 Comments