Recents in Beach

Warga Putrajaya Sumbang Kasut Tumit Tinggi Pada Mangsa Banjir..Untuk Apa?

Loading...
Loading...
Rakyat Malaysia diketahui sebagai warga yang prihatin dan dermawan.

 Setiap bencana sama ada di dalam atau di luar negara, kita tidak pernah tertinggal untuk menghulurkan bantuan agar mangsa-mangsa dapat meneruskan kehidupan biarpun dalam kesusahan. 


Supaya hati para mangsa tenang dan tahu bahawa mereka tidak berseorangan di dalam menghadapi bencana tersebut.

Timbunan pakaian yang menggunung sehingga mencecah bumbung dewan adalah satu pemandangan biasa di pusat-pusat pengumpulan bantuan.

Namun setiap kali pusat sedemikian dibuka untuk menerima sumbangan, para sukarelawan sering kali mengalami masalah yang sama apabila sebahagian daripada dermawan ini menjadikan pusat tersebut sebagai tempat membuang pakaian yang mereka tidak mahu.

Tinjauan MG sendiri di pusat pengumpulan barangan mangsa banjir semalam menemui antaranya kasut tumit tinggi, gaun malam berlabuci selain pakaian yang sudah koyak dan tidak sempurna di dalam timbunan pakaian terpakai hasil sumbangan orang ramai.

Orang ramai membantu memilih pakaian terpakai yang boleh disumbangkan kepada mangsa bencana banjir. 
Apa rasionalnya mendermakan sepasang kasut tumit tinggi atau pakaian glamour kepada mangsa banjir? Sudah tentu mangsa-mangsa banjir tidak akan menjadikan pusat pemindahan tempat mereka berlindung itu sebagai sebuah dewan tari-menari atau "catwalk runway" persis model/
Ini membuatkan seorang sukarelawan, Noraishah Yunus berpendapat, rakyat Malaysia kurang “common sense” dan sering kali menjadikan sumbangan kepada mangsa bencana sebagai cara untuk melupuskan pakaian terpakai.

Beliau yang aktif dalam program-program bantuan kemanusian itu berkata, terdapat juga para dermawan yang memberikan pakaian dalam yang sudah tidak boleh digunakan dan telekung yang sudah kotor dan bertahi lalat.

“Kebanyakan penderma biasanya mencampurkan semua pakaian tersebut di dalam bungkusan jadi kami terpaksa mengasingkan semua pakaian tersebut sebelum dilipat kemas dan dimasukkan ke dalam kotak berlabel pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak agar dapat memudahkan sukarelawan di pusat bencana atau pemindahan mengagih-agihkan kepada mangsa.

Kasut bertumit tinggi antara barangan terpakai yang dilonggokkan di pusat pengumpulan sumbangan kepada mangsa banjir di Precint 9, Putrajaya.

"Semasa proses pengasingan tersebut, kami juga terpaksa mengasingkan pakaian yang masih boleh digunakan dan yang sudah terlalu buruk. Ini sebenarnya satu proses yang agak membebankan sukarelawan sedangkan dalam keadaan kritikal seperti ini, masa adalah emas.
"Perlu difahami bahawa jumlah sukarelawan di pusat-pusat pengumpulan barangan adalah terhad.
"Sedangkan kami perlu cepat melakukan pembungkusan supaya bantuan dapat dihantar dengan segera dan bukannya membuang masa dengan pakaian buruk. Kami sebenarnya mengalu-alukan sumbangan berupa makanan dan keperluan bayi dan kanak-kanak seperti susu dan lampin pakai buang,” katanya
Tambahnya, ini antara sebab mengapa sesetengah pusat pengumpulan barangan menolak pemberian sumbangan berupa pakaian kerana mereka tidak mempunyai cukup sukarelawan untuk menangani timbunan pakaian.

Di pusat pengumpulan barangan mangsa banjir di Ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Putrajaya pula timbunan pakaian terpakai memenuhi sebahagian ruang pusat tersebut.
Manakala beberapa orang sukarelawan termasuk kanak-kanak berusia sekitar lapan hingga 12 tahun sedang sibuk mengasing dan melipat pakaian tersebut sebelum dimasukkan ke dalam kotak sejak pusat tersebut dibuka malam Khamis lalu.

Barangan lain seperti beras, air mineral dan biskut turut kelihatan namun dalam jumlah yang sedikit jika dibandingkan dengan pakaian.

MG

Post a Comment

0 Comments