Recents in Beach

Dasyatnya Bila P3rogol Ditarik Keluar Penjara, Dipukul Hingga Mati

Loading...
Loading...
KOHIMA, 6 Mac:
Seorang lelaki yang dituduh merogol seorang gadis telah dipukul sehingga mati selepas ditarik keluar dari penjara oleh perusuh di Dimapur, Nagaland.

Insiden itu berlaku selepas satu perhimpunan bantahan besar-besaran terhadap perogol itu telah diadakan di Dimapur, pagi ini dan perusuh berjaya menarik keluar tertuduh itu dari penjara.
Tertuduh didakwa merogol mangsa beberapa kali pada 23 Februari lalu dan telah ditangkap pada hari berikutnya ekoran aduan yang dibuat oleh mangsa.

Menurut seorang pegawai polis, dalam perhimpunan bantahan itu, pihak polis terpaksa melepaskan tembakan dan peluru gas pemedih mata tetapi gagal untuk mengawal keadaan.

Tertuduh diseret secara telanjang ke bandar utama dan dipukul oleh orang ramai. Foto AFP
Tertuduh diseret secara telanjang ke bandar utama dan dia meninggal dunia akibat kecederaan berikutan dipukul oleh orang ramai.
Mesyuarat kabinet kecemasan telah diadakan pada jam 7:00 petang di pejabat kediaman Ketua Menteri untuk meneliti undang-undang dan keadaan lain di Dimapur.
Kabinet mengutuk kejadian ganas di mana perusuh mengambil tindakan secara sendiri dengan mengetepikan undang-undang yang akhirnya menyebabkan kematian tertuduh.
Kabinet juga memutuskan untuk mewujudkan suatu jawatankuasa peringkat tinggi untuk menyiasat kejadian itu dan punca wujudnya perhimpunan bantahan berkenaan.
Jawatankuasa itu juga akan menyiasat kesilapan atau kelemahan di pihak perkhidmatan awam yang berkaitan dengan insiden itu dan orang atau kumpulan yang bertanggungjawab bagi keganasan yang membawa kepada kematian tertuduh.

Post a Comment

0 Comments