Recents in Beach

Harun Salim Bachik Meninggal Dunia

Loading...
Loading...
Pelawak lejen, Harun Salim Bachik baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi. Berita sedih ini khabarnya disampaikan sendiri oleh rakan baik beliau, Afdlin Shauki.

Harun Salim Bachik meninggal Dunia di R&R Bukit Merah. Punca kematian masih sedang disiasat dan diperiksa.

Berita ini sememangnya mengejutkan dunia hiburan tanah air. Takziah dan mari kita sedekahkan Al-Fatihah  serta doakan untuk Harun Salim Bachik.



Perkara itu disahkan oleh rakan baik arwah yang juga pelakon, Den Wahab ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.

"Saya mendapat panggilan daripada pengarah, Dr Anwardi Jamil, kira-kira jam 5 petang tadi yang memaklumkan mengenai perkara itu.

"Beliau memaklumkan, Harun meninggal dunia ketika berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bukit Merah, Perak ketika dalam perjalanan pulang daripada majlis perkahwinan di Pulau Pinang.

Pelakon dan pelawak Harun Salim Bachik meninggal dunia sebentar tadi setelah rebah dalam tandas di kawasan rehat PLUS Bukit Merah

"Ketika ini, mereka sedang menunggu ambulans untuk membawa pulang jenazah ke Kuala Lumpur," katanya.

Pada ketika ini, punca kematian belum dapat dipastikan.

Bagaimanapun, sebelum ini Harun dikatakan menghidap penyakit asma sejak lima tahun lalu.

Post a Comment

0 Comments