Recents in Beach

Isteri Tengku Mahkota Pahang Makan Nasi Bungkus Untuk Makan Tengahari Kerana Upah Dandan Rambut Mahal

Loading...
Loading...


Kiriman yang memaparkan hidangan makanan tengah hari dalam bekas polisterin yang dimuat naik oleh Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Maimunah Iskandariah dalam Instagram miliknya menerima lebih 90 komen yang difahamkan sebagai sindiran kepada rungutan Datin Seri Rosmah Mansor. – Gambar Instagram, 11 Mac, 2015.


Selepas Datin Seri Rosmah Mansor merungut harga yang mahal jika pendandan rambut datang ke rumahnya, Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Maimunah Iskandariah hari ini dilihat menyindir rungutan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.
Tunku Azizah dengan nada sinis hari ini menulis hanya mampu membeli nasi bungkus selepas pendandan rambut mengenakan harga yang mahal.
“There goes my diet… Oleh kerana nak bayar hairdresser mahal, saya hanya mampu beli nasi bungkus!,” tulis isteri kepada Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah dalam laman sosial Instagram yang sudah disukai lebih 1,000 pengikutnya.

Seorang pengguna Instagram Sapienshoduken yang mengulas gambar itu berkata: “Perghhh haha caption takde sipi sipi, makan dalam terus @tengkupuanpahang memang thorbaekkk!”

“Inilah bagaimana wanita sebenar berbicara. Halus lagi berkesan,” kata seorang lagi pengguna Instagram kemboja_putih mengulas gambar itu.

“Siapa makan cabai dia la terasa pedas. Kalau tak makan buat apa nak rasa pedas. Beginilah TPP (Tengku Puan Pahang,” kata wan_jaaa mengulas gambar yang sama.

Rosmah pada bulan lalu melahirkan kebimbangan tiadanya kawalan bagi caj perkhidmatan di rumah menyebabkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga.

Katanya, ketika ini, caj perkhidmatan di rumah seperti khidmat tempahan baju, solekan dan pendandan rambut mengenakan harga yang sangat tinggi dan tidak masuk akal.
Kebimbangan itu diluahkan Rosmah dalam satu program cukai barangan dan perkhidmatan (GST) apabila mendakwa terpaksa membayar RM1,200 setiap kali menggunakan khidmat pendandan rambut.

"Sekarang ini bila saya nak warnakan rambut dekat rumah, dia (peniaga) dah caj RM1,200, amboi mahalnya.

"Bila kita tanya dia (peniaga) cakap dekat kedai caj berlainan, yang ini mahal sebab 'home service' (perkhidmatan rumah) ini yang anda harus teliti," katanya. – 11 Mac, 2015.
 http://www.themalaysianinsider.com

Post a Comment

0 Comments