Recents in Beach

Kasih Ibu......Misteri Suara Roh Ibu Minta Anaknya Di Selamatkan Dari Mati Lemas

Loading...
Loading...
Percayakah Anda, seorang ibu yang sudah meninggal mampu menyelamatkan bayinya dalam sebuah kemalangan? 

NEW YORK 11 Mac – Anggota polis Amerika Syarikat (AS) yang menyelamatkan seorang bayi 18 bulan daripada maut di Utah, dilapor masih kebingungan tentang kehadiran ‘suara seorang wanita misteri’ meminta tolong, dari dalam sebuah kereta yang separuh tenggelam di sebatang sungai di bandar Spanish Fork, Sabtu lalu.




Bagaimanapun, apabila kerja-kerja mengeluarkan kereta itu dari dalam air dilakukan, mereka mendapati hanya bayi itu, Lily Groesbeck menjadi satu-satunya penumpang yang masih hidup selepas 14 jam kemalangan berlaku.


Ibu bayi itu, Lynn Jennifer, 25, dipercayai meninggal dunia sejurus kereta yang dipandunya hilang kawalan dan terhumban ke dalam sungai, sekali gus adalah mustahil bagi wanita tersebut meminta tolong orang ramai supaya menyelamatkan anaknya.


“Selama dua malam saya terjaga bagi mencari kepastian akan perkara sebenar yang berlaku.
“Apa yang saya tahu, suara itu memang ada dan kami semua mendengarnya, sekali gus menjadi motivasi tambahan buat kami,’’ kata anggota polis dari Spanish Fork, Tyler Beddoes sebagaimana lapor Mail Online, kelmarin.

Empat orang petugas ini mendengar suara seorang wanita yang meminta pertolongan | foto: copyright dailymail.co.uk

Beddoes berkata, dia dan tiga rakannya yang lain tetap me­negaskan bahawa mereka tanpa ragu-ragu mendengar suara yang sama, namun masih gagal menjelaskan perkara itu.

Malah, masih tiada siapa yang tahu bagaimana bayi itu terselamat meskipun ditemukan dalam keadaan terbalik selama 14 jam tanpa makan dan minum di tempat duduknya di bahagian belakang kereta.

Lynn, suami dan bayinya Lily | foto: copyright dailymail.co.uk

“Suara itu membuatkan saya betul-be­tul bingung,’’ katanya.

Polis percaya, kemalangan itu berlaku selepas Lynn merempuh penghadang pada sebuah jambatan sebelum kereta jenis Dodge itu terhumban ke dalam sungai Jumaat lalu ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas mengunjungi rumah bapanya di Salem.

Lynn dikenal sebagai pribadi yang penuh kasih dan rela berkorban bagi orang yang dicintainya | foto: copyright dailymail.co.uk

Lily kini beransur pulih dan sudah mampu menyanyi bersama datuknya


dailymail

Post a Comment

0 Comments